Khamis, 26 Jun 2014

Pelik Dan Lagi Pelik

Pelik dan Lagi Pelik.

Antara sebelum dengan semasa Ramadan, seolah-olahnya kita orang berlainan ...

Sebelum Ramadan ,
Membaca al-Quran dua-tiga hari pun belum tentu .

Berpuasa sehari sebulanpun kira-kira .

Solat witir satu rakaat sebelum tidurpun susah , apa lagi dua rakaat solat malam nanti .

Namun semasa Ramadan ,
Tiap-tiap hari membaca al-Quran .
"Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk , 604 muka surat .
Tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga. Biasa sahaja .
Berpuluh-puluh rakaat solat malam . 

Jika tidak ingat solat witir sebelum tidur , sanggup melakukannya semasa bangun sahur . 

Pelik bukan ?

Dan lagi pelik.. 

Kerana lepas Ramadan , kita menjadi seperti sebelum Ramadan semula . 
Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari .

Kenapa ya ?

Sekali lagi syaitan dipersalahkan . 

Sepanjang Ramadan kita melatih iman , begitu mudah mengalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan .

Setidak-tidaknya melekat jugak satu amalan untuk dirutinkan selepas Ramadan.

Barangkali...
Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadan .
Yang kita kejar hanya pahala Ramadan sahaja .

Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadan itu sebulan , tetapi kekalkanlah semangatnya setahun , Ya Allah T_T

Tetapi..
Bukankah MATLAMAT sebenar di sebalik puasa Ramadan ialah TAKWA , bukan pahala ..
"Wahai orang Mukmin , difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amal soleh pada setiap ketika demi bertemu Ilahi ...
Bukannya bermusim.

ADAKAH FENOMENA PELIK INI BERULANG LAGI PADA RAMADAN TAHUN INI ?

- akak panda -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan