Sabtu, 28 Jun 2014

Aku Bukan Inche Malaikat

Aku bukan Inche Malaikat

'Bang, Akh Imran tegur ana pasal Ikhtilat. Dia kata ana tak boleh nak manja-manja dengan muslimat.'

seorang junior menyapa aku.

'Ehh baguih lah apa Akh Imran kata tu. Kita memang kena jaga apa yang patut dijaga. Haa, Ikhtilat tu lah'

'Tapi kan bang...' dia gagap.

'Tapi hari itu ana tengok dia ngan muslimat batch abang takde pun jaga ikhtilat. Sangat berbeza dengan apa yang dia katakan. Sangat berbeza dengan apa yang dia ajar kami masa Usrah.' Dia cerita segala.

Aku kerut muka. Haihh Imran, nak buat problem pulak ye?

Then aku jumpa Imran. I ask him about the issue.
Imran buat muka slamber then kata kat aku :

'Aku bukan Malaikat'

'Aku tak perfect'

'Semua orang buat silap'

Then after couple of days, anak buah usrah Imran jumpa aku lagi.

'Bang, Akh Imran masih lagi tak jaga. Bahkan makin parah saya tengok.'

'Oh macam tu ya?'

'Nanti Abang buat apa yang patut dibuat ye...' Aku kenyit mata.

Aku jumpa Imran dan tanya dia pasal tu. Then dia bagi jawapan sama:

'Aku bukan Malaikat'

Kemudian...

*Imran masuk hospital disebabkan sekehan kepala yang melampau* T-T

-----------------------------------------------------------------------------------

Uhukk uhukk

Yeahh, kita bukan Malaikat.
Tak payah cakap, aku memang tahu.

Tapi jangan lah macam ni.

Please.

Jangan guna ungkapan : 'Aku bukan Malaikat' sebagai alasan.

Sebagai alasan untuk kau lepas daripada kesalahan yang kau terbuat atau sengaja buat

Memang kita manusia.
Manusia yang tidak lepas daripada buat kesilapan dan salah.

Bukanlah dinamakan manusia jika tak buat silap.

Kita bukan Nabi. Kita tak maksum.
Dosa itu bagaikan rutin harian kita.

Tapi kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Kenapa?

Sebab macam cerita Imran dan anak Usrah dia tu laa.
Dia suruh anak Usrah dia jaga Ikhtilat, tapi dia sendiri tak jaga Ikhtilat itu.

Bagaimana mungkin ada semangat dalam diri anak Usrah beliau nak jaga Ikhtilat jika Sang Pengajak menjaga Ikhtilat itu opposite apa yang diajak?

Contoh aku kata kat korang : 'Jangan makan Ais-Krim! Tak molek untuk kesihatan!'

Aku siap cakap lagi mudharat dan tak bagusnya makan Ais-Krim tu.
Ceramah 2 jam non-stop pasal keburukan Ais-Krim.

Tapi masa ceramah non-stop tuh, aku keluarkan Ais-Krim
Me myself makan Ais-Krim depan korang. Sambil buat gaya untuk menonjolkan sedapnya ais-krim itu.

Apa yang korang rasa?
Meluat dan menyampah kan? -.-

Padahal benda yang aku bawa tu betul!
Semua fakta betul.
Tiada satu pun dapat dipertikai oleh Persatuan Doktor Sedunia.

Tapi, disebabkan perbuatan aku yang hampeh tu, semua fakta dan kebenaran terkabur! 

KABUR!

Bila orang tegur aku, why you buat macam tu?

Aku just simply can answer : 'Aku bukan Malaikat'

See guys?

Apa effect bila kita berfikiran macam tu?

Benda yang korang bawak tu betul. Cuma perbuatan korang yang hampeh tu buat orang tak nak buat benda yang Sohih wa Bagus tuh -.-

Bagi korang, yang penting korang dah sampaikan apa yang patut korang sampaikan.

Pastu korang tak buat pun.
Pastu kasi alasan : 'Aku bukan Malaikat'

Lagi-lagi mereka yang bawa Islam. Sebar dakwah Islam.

Korang bawa nama Islam tahu tak? T^T
Jaga laa nama Islam yang Putih wa Suci wa Bersih tu leklok!

I repeat,
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Agar kita berhati-hati untuk tidak terpesong jauh daripada apa yang kita ajak orang buat.

jangan jadikan alasan :  'Aku bukan Malaikat' sebagai satu tiket untuk korang buat opposite dengan apa yang korang ajak.

Cuba sedaya upaya untuk buat apa yang kita katakan.

Memang tak Dosa kita tak buat apa yang kita kata, cukup sekadar ajak sahaja.


My advice, rasakan diri korang Malaikat bila berdakwah.
Tapi jangan sampai Takabbur wa Riya' wa Ujub.

Sekadar Psychology kepada diri kita agar tidak mudah tersasar dan terpesong dalam Dakwah kita.

Kita kena consider juga orang yang kita Dakwah tu.
Kata nak masuk Syurga Allah sama-sama dan serentak bukan ?

#Sumber -> entah darimana , hahahaha ! Inche kopiah kot .. 

- akak panda -

Jumaat, 27 Jun 2014

" Jangan Lupa Berdoa "

Seekor syaitan datang ke rumah seorg lelaki pada suatu malam . 
Dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki itu . 
Kemudian dia ketawa dan pulang . 

Keesokan harinya , dia memanggil rakan-rakan syaitan yg lain sambil berkata , "kawan-kawan , mari ikut aku . Malam ni ada org bermurah hati memberi makan dan tempat tidur untuk kita ." 

Maka syaitan dan rakan-rakannya bergegas ke rumah lelaki itu dgn bersiul-siulan . 

Seekor syaitan datang ke rumah lelaki yg lain pula . Dia memantau keadaan lelaki itu dari jauh . Kemudian dia berduka cita lalu bergegas pulang tanpa ada peluang utk kembali lagi .. 

Kesayangan semua , cuba kita renungkan kisah ini . . . .


Mengapa syaitan berkesempatan untuk makan dan tidur d rumah lelaki pertama ? 
Sedangkan syaitan kedua tidak berpeluang melakukan hal yg sama ?? 

Mengapa ?? 


Sebab .... 

Org pertama pertama tidak pernah membaca doa dalam setiap aktivitinya . Bila nak mkn , minum , tidur dia tidak membaca Bismillah . 

Semuanya d lakukan tanpa mengingati Allah SWT . Sedangkan lelaki kedua pula , selalu melakukan sesuatu dgn berdoa . Setiap perbuatannya d mulakan dgn doa . Jadi syaitan tidaklah dekat dgn dia .


Mungkin sebahagian kita beranggapan , apa sangatlah doa ?
"Sekadar mainan dan bacaan budak2x tadika . Kita yg sudah berumur ni , kalau tidak berdoa apa salahnya  ? Bukan rugi apa-apa pun ."
Itu lh yg sering d perkatakan hati kita -_-' dan kadang kita selalu lupa nak baca doa .. 

Rugi besar lh org yg mengabaikan doa ni . 

Doa itu bererti kita memohon keberkatan dari Allah . 

Doa adalah zikrullah . 

Memulakan sesuatu tanpa memohon izin Tuhan sekalian alam bererti kita ni makhluk yg SOMBONG dan BONGKAK !! 

Amalan-amalan yg kita lakukan pun belum tentu lancar dan berjaya . 

Kerana itu Nabi SAW bersabda , "Setiap pekerjaan yg tidak d mulakan padanya dgn Bismillah , maka pekerjaan itu akan terpotong dan terputus ( iaitu cacat atau kurang keberkatan ) ." 

Mari kita imbas kembali .....

Adakah kita sentiasa berdoa apabila naik kenderaan ? 

Jarang sekali kita perhatikan remaja yg membaca doa sebaik saja menghidupkan enjin kenderaan . 

Tidak hairanlah jika setiap hari ada je kemalangan . 
Apabila hati dan perasaan sewaktu memandu sudah d bolak-balikkan oleh syaitan . 
Maka pemandunya mudah beremosi . Silap hari bulan bole membawa maut ! 

Iklan d tv ada menyebut , "Ingatlah org tersayang sewaktu memandu" { eh ? Betul kh ni , lupa -_-' } .. 
Hmm , sekali d fikir , memang wajar . Tetapi kdg-kdg dgn mengingati org tersyg d rumah akan menyebabkan kita lebih gopoh dalam memandu . 

Terutamanya remaja .. *remaja lagi -_-'* 

Jadi sepatutnya begini ,"Ingatlah Allah dan bacalah doa sewaktu memandu ." maka dgn itu hati kita akan lebih aman dan selamat ketika memandu .. 

Dan kepada bakal pengantin *knp tiba2x bakal pengantin ni* .. Hehe ! 

Doa amat penting untuk kita demi kebaikan generasi akan datang . Mencuaikan doa akan menjadikan anak dan zuriat kita akan liar serta keras hati . 

Akak nak share sikit doa yg d baca sebelum suami dan isteri mengadakan hubungan kelamin  -..- *maaf agak ekstrem*

Ramai pengantin baru khususnya pemuda pemudi tidak menghafaz doa ni , ehem .. *betulkan spek*

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim , daripada Ibnu Abbas , dia berkata ,"Telah bersabda Rasulullah SAW : Seandainya salah seorg dari kamu apabila mendatangi isterinya dia mengucapkan , 'Bismillahi... Allahumma jannibnasy syaithana wajannibisy-syaithana maa razaqtanaa ( Dengan Nama Allah... Ya Allah jauhkan syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari anak yg Engkau berikan kepada kami ) ' 
Maka sesungguhnya jika ditakdirkan antara kedua dalam persetubuhan itu akan mendapat anak , nescaya syaitan tidak akan membahayakan anak itu selama-lamanya ."

So bermakna kalau kita lupa doa itu , pasti anak dan zuriat kita akan mudah menerima pujukan dan mengikut telunjuk syaitan kan .

Jadi jgn beranggapan doa itu perkara remeh dan selalu d sia-siakan . 

Kecuaian tidak membaca doa bole mengakibatkan rosaknya satu generasi . Rosaknya anak2x kita pada masa depan akibat d ganggu syaitan ..

Jika doa itu suatu mainan , mesti Nabi Muhammad SAW tidak akan berdoa dalam setiap perbuatannya kan ?? 

Ketahuilah kesayangan semua , bahawa doa itu sangat penting dan mustahak d jaga bagi menghalau tetamu misteri iaitu syaitan dan sekutunya ! 

Semoga Allah melindungi dan menjaga kita sentiasa , Aamiin .. 

Sampai disini saja akak merapu .. 

Oh yaa , Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak .. 
Maafkan segala kesilapan , 
Akak bukan maksum , tegur jika ada silap dalam menulisan .. 

Wassalam~

- akak panda -

Khamis, 26 Jun 2014

Pelik Dan Lagi Pelik

Pelik dan Lagi Pelik.

Antara sebelum dengan semasa Ramadan, seolah-olahnya kita orang berlainan ...

Sebelum Ramadan ,
Membaca al-Quran dua-tiga hari pun belum tentu .

Berpuasa sehari sebulanpun kira-kira .

Solat witir satu rakaat sebelum tidurpun susah , apa lagi dua rakaat solat malam nanti .

Namun semasa Ramadan ,
Tiap-tiap hari membaca al-Quran .
"Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk , 604 muka surat .
Tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga. Biasa sahaja .
Berpuluh-puluh rakaat solat malam . 

Jika tidak ingat solat witir sebelum tidur , sanggup melakukannya semasa bangun sahur . 

Pelik bukan ?

Dan lagi pelik.. 

Kerana lepas Ramadan , kita menjadi seperti sebelum Ramadan semula . 
Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari .

Kenapa ya ?

Sekali lagi syaitan dipersalahkan . 

Sepanjang Ramadan kita melatih iman , begitu mudah mengalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan .

Setidak-tidaknya melekat jugak satu amalan untuk dirutinkan selepas Ramadan.

Barangkali...
Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadan .
Yang kita kejar hanya pahala Ramadan sahaja .

Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadan itu sebulan , tetapi kekalkanlah semangatnya setahun , Ya Allah T_T

Tetapi..
Bukankah MATLAMAT sebenar di sebalik puasa Ramadan ialah TAKWA , bukan pahala ..
"Wahai orang Mukmin , difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amal soleh pada setiap ketika demi bertemu Ilahi ...
Bukannya bermusim.

ADAKAH FENOMENA PELIK INI BERULANG LAGI PADA RAMADAN TAHUN INI ?

- akak panda -

Sabtu, 21 Jun 2014

" Islamkah Kita ? "

ISLAMKAH KITA ??

Peringatan buat diriku yang sering lupa . 

Adakah kita seorang Islam ?? 

Pernahkah kita terfikir hidup ini hanyalah sementara dan bila sampai masanya kita akan pergi menemui Allah . 

Apa bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian ?

Dalam kita mengejar kejayaan dunia , kita sering lupa apa sebenarnya tujuan hidup kita ? 

Apakah pilihan kita ?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah . Sesungguhnya keredhaan Allah lah yang kita cari .

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah , dengan jerebunya , kegawatan ekonomi , timbul pula gejala murtad .. 
Dengan fitnahnya , gempa bumi , peperangan dan macam-macam lagi lah .. 

Semua ni sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita , adakah kita benar-benar menginsafinya ? 

Semua ini juga adalah bala !! 
Tanda kemurkaan Allah !! 
Adakah kita benar-benar seorang Islam ??? 

Maka , adakah kita fikir bahawa kejayaan kita d Universiti dapat membawa kita ke Syurga ? 

Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri ?
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat , bijak , dan rajin , padahal semuanya adalah kurniaan dari Allah . 

Segala kelebihan yg ada pada kita semuanya datang dari Allah . 
Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hamba-Nya yang tidak bersyukur ? 



Adakah kita yakin kita seorang Islam ?

Jadi mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya di sisi Islam ?

Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun . 
Hassan Basri pula menangis sampai bercucuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit . 

Tetapi , mengapa kita masih terlena dan terbuai ? 
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah swt ?
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah saw ? 

Siapa diri kita yang sebenarnya ? 
Firaun ?? 
Tentu tidak !! 
Jadi siapa kita sebenarnya wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina !!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ?? 

Maka , mengapa kita tidak mahu mengejar Dia ?

Mengapa kita masih mendedahkan aurat ? 

Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu ?


Syariah , Tariqat , Makrifah , Feqah , Tasawuf , Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut ? 
Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya , apa lagi mengamalkannya .

Adakah kita harus mempersalahkan 'Persatuan Kristian' yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal mempertahankan pertahanan diri ( muhasabah diri ) .

Ketahuilah sayangs , sesungguhnya iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu . 

Sedarilah bahawa kejahilan bole menyebabkan kita selalu melakukan dosa .



Dosa ??? 
Kita tidak takut dosa ?

Berapa banyak amalan kita yang bole menghapuskan dosa seharian ? 

Apakah kita tersangat yakin untuk menempuh akhirat ?

Siapakah kita menjelang hari kematian ?
Adakah kita seorang Islam ? 
Bersediakah kita berhadapan dengan Malaikat maut ?

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia ?

Kita pergi kuliah , pergi kerja . Adakah kita yakin kita telah menutup aurat ?

Kita solat . Tapi kita yakinkah solat kita tidak tercela ? 

Kita makan . Adakah kita yakin rezeki yang kita dapat diredhai Allah ?

Kita minum . Kita yakinkah di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti sekarang ? 

Kita ketawa sampai tak ingat dunia , tidak malukah pada Allah ? 

Kita cemerlang dalam SPM , Degree , Master , Phd . Tapi kita yakinkah semua tu dapat membantu kita menjelang fitnah kubur ? 

Kita berpuasa . Kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di akhirat kelak ? 

Kita sihat . Kita yakin Allah muliakan kita ? 

Kita sakit . Kita tidak malu pada Allah kerana telah menarik balik nikmat kesihatan ? 

Siapa kita ? 

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina . 
Betapa hinanya kita , tapi kita masih mampu tersenyum dan tertawa terbahak-bahak tanpa mengingati Allah ..

Bersedialah menempuh hari kematian .
Bersedialah menempuh sakaratul maut . 

Burulah cinta Allah , sebelum Allah menutup pintu Rahmat-Nya . 

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti !! 
Siapa kita ?? 
Kita adalah hamba-Nya ..

- akak panda -

Jumaat, 13 Jun 2014

Dont Judge Book By Their Cover

"JANGAN MENILAI SEBUAH BUKU DARI KULITNYA"

Ungkapan ini sering kita dgr kan , 
terutamanya dari wanita yg tidak menutup aurat & mengaku bahawa hatinya baik dan suci wlupun b'pakaian seksi serta memperlihatkan aurat mereka ..

Mereka mengatakan bahawa wanita b'tudung pun ramai yg berbuat jahat seperti b'zina , buat maksiat dan b'mcm-mcm lagi lh --' ..
Malah , mereka juga mengatakan wlupun mereka tidak b'tudung , mereka tidak mengganggu org lain , tidak mngumpat dan tidak melakukan perbuatan yg buruk ...

Begitulah dakwaan mereka bagi memperlihatkan kebaikan .. 
Benarkah alasan mereka itu ?

Benarkah penampilan luaran tidak terpakai d dalam Islam ? 

Ada juga yg sggup b'hujah dgn hadis Rasulullah SAW iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh , rupa luaran dan harta kamu , tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  { HR Muslim }

Sedihnya bila kita mendengar ada org yg b'hujah dgn hadis utk menyokong nafsunya . Dya menggunakan Islam dlm perkara yg b'sesuaian dgn kehendak nafsunya sahaja .. 😭😭

Adakah Allah SWT dapat menganggap hati seseorg itu suci & baik dgn melanggar perintah-Nya ? 

Hakikatnya , sesuatu yg baik dan suci mestilah d tentukan mengikut neraca Allah serta Rasulullah SAW , bukannya menerusi neraca pemikiran serta nafsu manusia semata-mata ..

Hakikatnya jika ingin merujuk kepada neraca Islam , Rasulullah SAW pernah b'sabda : 

"Ketahuilah , bahawa d dlm diri anak Adam itu ada seketul daging , yg bila ianya baik , maka baiklah keseluruhan seseorg itu , dan apabila buruk , buruklah amalan seseorg itu . Ketahuilah , ia adalah hati.."  { HR Muslim }

Berdasarkan hadis ini , menurut neraca Islam kebaikan hati seseorg boleh d lihat d peringkat pertamanya .. Yakni dari tindak-tanduknya .. 

Ertinya , bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yg d letakkan oleh Islam , itu adalah tanda kekotoran hatinya ..

Jika tindakan luaran sejalan dgn kehendak Islam , maka dya harus d anggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran org ramai . 

Adapun baik d peringkat kedua , adalah sama ada hatinya b'tujuan kerana Allah SWT atau tujuan selainnya , seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja ..

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dgn membuka auratnya , semua lelaki yg melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dya memandang .

Tetapi yg beratnya adalah si wanita . 
Dya bukan sahaja mendapat satu dosa bagi kesalahan itu , tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yg memandangnya . 
Bayangkanlah berapa byk dosa yg d perolehi hanya dgn membuka aurat dlm sehari 😭 ..

Adakah hati org seperti ini boleh d kira baik ? 
Setelah segunung dosa menimbus hatinya . 
Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pengasih . 

Segeralah mendapatkan kasih syg Allah dgn mentaati-Nya ..

Bagi yg keras kepala , tiada kata yg dpat d berikan kecuali , yakinilah bahawa Allah itu benar , Rasul-Nya juga benar , syurga & neraka juga benar .. 

Jika mempercayainya , mengapa tindakan masih seolah meraguinya ?

# Tumbuk Dada Tanya Iman #
Sekian & Terima kasih

- akak panda -

Rabu, 11 Jun 2014

Sifat Al-Haya' Sayidatina Aisyah r.a

Assalamu'alaikum .. Bole kita mulakan kesayangan ?

Akak akan kongsikan sedikit cerita , Bismillahirrahmanirrahim

Mari kita amati teladan ini

Sayidina Umar al-Khattab r.a telah berpesan dan meminta izin Aisyah r.a jika beliau mati , minta d kebumikan bersama-sama Nabi SAW dan sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq r.a .. Kebetulan , kawasan itu sudah d khaskan utk Aisyah r.a setelah beliau pula wafat nanti ..

Akhirnya , Sayidatina Aisyah mengizinkan juga kepada Sayidina Umar .

Setelah lama kemudian , peristiwa pembunuhan Umar al-Khattab pun berlaku .. Lantas , sejurus selepas pengebumian berlangsung , Sayidatina Aisyah bersiap untuk keluar dan ingin berpindah dari kamarnya yg menjadi tempat pengebumian tersebut ..

Ditanya kepada beliau mengapa sebelum ini Aisya tidak berpindah namun selepas Sayidina Umar d kebumikan ..

Aisyah segera berpindah seolah-olah ada sesuatu yg berlaku ..

Jawab Sayidatina Aisyah r.a , dahulu yg d tanam d cni ialah suami dan ayahandanya .. Tetapi kini yg d tanam itu adalah Sayidina Umar yg bukan mahramnya ..

Justeru beliau malu jika nanti auratnya terdedah sedangkan jenazah Sayidina Umar berada d kamarnya ..

Subhanallah ! Apakah ada sikap malu yg lebih hebat dari tauladan yg agung ini ?

Inilah kemurnian sifat al-Haya' yg d tunjukkan oleh Sayidatina Aisyah mencerminkan kemuncak peribadi seorg wanita yg malu walaupun dgn jenazah yg sudah meninggal dunia ..

Lihatlah wahai kesayangan semua ..

Bagaimana murninya akhlak dan indahnya malu ini jika d letak sesuai dgn tempatnya

Jika Sayidatina Aisyah r.a malu hatta dgn sekujur mayat apatah lagi jika dgn manusia yg masih hidup ..

Khas buat smua , inilah mahkota yg perlu d gilap dan d jaga .. 

Malulah dalam berakhlak dan bermuamalat , tetapi jika maruah anda dan Islam d cabar .. Ketika itu beranikanlah diri persis Nusaibah r.a tatkala keadaan yg terdesak d medan Uhud

Kepada kaum Muslimin dan Muslimat , malulah jika teringin melakukan maksiat ..

Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa memerhati dan d kiri dan kanan mu ada Malaikat yg setia menanti ..

Jgn malukan diri dgn menanggalkan pakaian taqwa , Kerana jika taqwa itu 'terlucut' itulah yg sebenarnya memalukan .. 
Wallahua'lam .. 


- akak panda -

Isnin, 9 Jun 2014

Cerita Si Wanita Syurga Bidadari Dunia


Kisah Si Wanita Syurga Bidadari Dunia

Assalamu'alaikum .. Yeyeh ! Kak yong izinkan akak share cerita dia . Alhamdulillah .. 
Meh baca meh baca .. 
Baca je okey . 
Adik-adik tidak d benarkan sama sekali copy . No no no !!!

Selasa baru-baru ni kami kat group Team Tazkirah Haura Jannah cerita pasai niqab kaler-kaler yg jadi trend sekarang .. 
Niqab manik lh . . 

Tetiba kak yong cerita pasai kehidupan dia . 
Terharu , terharu giler .. 
Nak kawinnn *hentak kaki*

Okey tak guna bercerita panjang , jomm layannnn ~

Bismillahirrahmaanirrahim~ 

Saya nak share sikit dengan kalian tentang kehidupan saya . 
Saya tak minta d puji tapi ambillah kebaikan dari cerita ni . . 

Pertama kali , syukur saya panjatkan kepada pencipta saya Allah s.w.t. kerana masih d beri peluang untuk memperbaiki diri yang tak pernah sempurna .

Lepas ja pmr saya minta d hantar belajar d madrasah .
Pada awalnya mak ayah tak setuju sebab nanti kat situ takda spm . Nanti susah nak cari kerja . Tapi saya merayu jugak nak masuk madrasah . . . 

Akhirnya mak ayah akur dan hantar saya belajar kat madrasah . . . 

Umur hujung 15 tahun saya start ngaji madrasah . 
Dan d situ lh macam-macam ilmu sya dapat dan dari situ lh berubah segalanya ..

Masuk sahaja madrasah , Allah beri kekuatan untuk terus berniqab . . 

Masuk ngaji d madrasah saya belajar banyak khidmat dan kelebihan khidmat saya belajar mujahadah .
Saya belajar berdikari . 
Saya belajar untuk jadi hamba yg taat . 

Bila umur makin meningkat . Saya banyak doa pada Allah . 
"Ya Allah , habis belajar ni umur 20 tahun aku sedia nak nikah . Andai ini lh yg terbaik untuk jalan hidupku maka Kau temukan lh aku dgn seorang lelaki yg bole membimbing aku untuk jadi wanita Syurga-Mu Ya Allah . Andai belum tiba masanya untuk ku , maka Engkau peliharalah aku untuk bakal zauj ku ." 

Selalu doa macam ni . 
Walau umur masih muda tapi doa untuk dapatkan yg soleh tu tak salah . 
saya tak mencari pun dan tak minta d carikan pasangan hidup . 
Cuma pernah pesan kat ayah ... 
"Ayah... Nanti umur 20 , kak yong dah sedia nak nikah . . Kak yong tak nak cari sendiri . . Tapi kalau ada yang datang nak nazor nanti .. Kak yong ikut persetujuan ayah . . . Kalau ayah kata ok , kak yong pun ok ."

Ayah tak banyak cakap .
Tapi saya taw dalam diam ayah nak saya jadi yang terbaik untuk ayah dan mak . .
Dan anak mana yang tanak gembirakan hati mak ayah ye dak ?

Pada umur 18 tahun saya stop belajar kat madrasah dan d panggil untuk mengajar . . 
Hampir 2 tahun setengah saya mengajar .

Tiba umur 19 tahun , tgh dok sembang dgn kawan .. Dia tanya . "Kak .. Akak tanak kawin ke ??" ..
"Ishh ! Sapa tanak kawin .. Nak lh tapi belum tiba masanya .."
"Kak .. Raya ni kita nak datang rumah akak dgn mak abah kita n abg ipar kita . Kakak kita dalam pantang , tak leh ikut .. Abang ipar kita nak bawak kawan nak jumpa ayah akak . Bole ?"
 
Err😰 takut nak tanya ayah bole ke tak ..

 "Hmm , awak suruh lelaki tu call ayah akak n cakap dia datang nazor , bole ? 
Sebab akak tak berani lh nak cakap lelaki tak  d kenal nak datang rumah tiba-tiba ."

"Ok , akak bagi no ayah akak ... Tapi sebelum tu , kalau lelaki tu dah nazor nanti , akak sedia dah nak nikah ?"

"Insya-Allah akak sedia .. Tapi kena minta izin mak ayah dulu lh .."

Maka bagi lh no ayah saya kat kawan .. 

Pagi tu saya sembang-sembang dgn keluarga seperti biasa .. 

Malam tu lelaki tu call ayah . 
Minta izin nak datang nazor .. 
Dan ayah pun setuju ..

Sampai lh tiba harinya .. 
Saya dok dalam bilik berjubah , bertudung dan berniqab .. 
Intai sikit kat tingkap . Yelahhh , nak jugak tengok mula lelaki yang nak nazor saya ni . 
Tapi ada dua lelaki -_-' tak taw mana abg ipar kawan dan mana lelaki tu .. 
Duduk semula atas katil menung sendiri ..
Huhu ! yang mana ek ?? hahahaha !

"Kak yong meh keluar . Lelaki tu nak tengok muka akak .." 
Tarik tangan mak , nyorok belakang mak n p ruang tamu tunduk .. Malu amat sangat ..

"Pakcik .. Izinkan saya tengok wajah anak pakcik ye .."

Ayah pun bersuara .. 
"Kak ... Buka niqab sikit .. Dia nak tengok muka"

Saya pun tarik niqab sikit ke bawah ( masa ni pakai half niqab )
Tapi masih tunduk malu ..

"Nama siapa ?" 

Err .. Apa nak jawab ni ? 
Perlahan saya jawab ..

"Belajar kat mana .. Umur berapa ?"

Masa ni ayah dah tolong jawabkan sebab suara saya slow sangat .. Hahaha . Malu lahhhh ..

"Takpa lh pakcik .. Bagi saya masa seminggu ya untuk saya istikharah .. Nanti saya call pakcik semula .."

Tak sampai seminggu . 
Tiga hari lepas tu dia call .. Nak datang bawa family dari johor .. Ayah pun kata ok ..

Tiba harinya .. 
Dia datang dua kereta . 
Sekali ayah panggil keluar bilik . 
Mak abah dia nak tengok muka .. 
Dah buka niqab , abah dia bersuara ..

"Kami datang dari johor ... Jauh.... Kami bawa dua cincin . Satu merisik dan satu lagi bertunang . Andai ayah perempuan setuju untuk bertunang hari ni . Bole lh isteri saya sarungkan cincin " 

Haaa ?😨😨😨
Bertunang ?? 
Tak prepare ape punn ..

"Insya-Allah kami suami isteri setuju .. Sila lh.." Jawab ayah ..

Apakah ??😱😱
Maka cincin pun d sarung tanda saya tunangan org dan tanpa pengetahuan saudara mara terutamanya . 
Hanya mak ayah dan adik-adik ja menyaksikan .. Huhuhu !
Takda berbalas dulang pun sebab tak taw nak tunang hari tu jugak ..

Dan tibalah harinya .. 08-12-2013 .. 
Sah sekali lafaz saya jadi isterinya ..

Lepas sahaja nikah .. 
Banyak saya belajar dan d ajar dan d didik . 
Dulunya masa bujang , ngaji tak lh banyak mana dalam sehari .. 
Sekarang dah nikah , yang pasti zauj nak sehari satu juz ..

Dulu sebelum nikah , zikir pagi petang tak lh selalu habis . 
Tapi lepas nikah , mesti kena check ..

Dulu sebelum nikah pakaian santai biasa ja .
Sekarang lepas nikah .. "Saya tanak tengok ada jubah bercolour dalam almari baju , tanak ada tudung bercolour , niqab bercolour , half niqab pun tanak .. 
Saya nak zaujah saya keluar one set hitam .. 
Kasut pun mesti hitam .. Dan belajar pakai glove mulai sekarang .."

😰 mak aiii . Dahsyat gila dia ni ..

Niat saya bukan nak menunjuk .. 
Cuma saya nak kongsikan . Dia lh kekuatan saya sekarang .. 
Dia jaga benar .. 


Dulu tak banyak amalan sunnah saya buat . Tapi sekarang hidup berdua .. Makan dalam talam , belajar makan buah sebelum makan nasi , belajar makan madu setiap hari , makan habbatussauda' ..
Belajar makan atas saprah ... Dan paling best , sekarang belajar keluar masturat 3 hari . Insya-Allah Ramadhan ni 10 hari masturat .. Dan lepas baby keluar , Insya-Allah 40 hari dan 2 bulan masturat .. Insya-Allah .. 

Dan satu lagi nak kongsi . .

Zauj selalu ajar , nak minta apa-apa minta dekat Allah dulu baru minta kat makhluk ..

Saya belajar istiqamah taklim dalam rumah . 
Saya belajar dakwah iman yakin , paling kurang sehari 100 kali . . 
Banyak dia ajar saya . Banyak dia didik saya . Allah beri menurut apa yg kita sangka dan apa yg kita minta . . .

Teringat lepas nikah hari tu ... 
Every night dia ajak solat hajat 12 rakaat minta nak baby .. 
Saya ikutkan buat solat hajat minta baby . 
Alhamdulillah , sekarang dah 5 bulan .. 

Sekarang dia pesan buat lagi solat hajat minta bersalin normal dan minta baby boy ..
Insya-Allah sedang usahakan . Moga Allah makbulkan ..

Zauj selalu pesan .. 
"Kalau kita minta selalu , Allah takkan hampakan . . . 
Jadinya kalau nak apa-apa , minta kat Allah , bukan saya .. " hehehe !

Alhamdulillah , syukur atas segala nikmat-Mu Ya Allah ..

-zaujahmohdfadzil-

So how ?? Seronok tak baca ? 
Terasa nak kawin tak ? hahahah ! 
Jom kawin ramai-ramai , kita buat satu majlis je . Ehemm .. *jgn layan akak tgh merepek* -..-

Apa yg adik-adik dapat dari cerita ni ? 
hoho ! Tak payah d terangkan , semua dah taw kan *kenyit mata* .. 
Semoga entri kali ni bermanfaat .. 

Kbye !!

- akak panda -

Sabtu, 7 Jun 2014

" Kelebihan Cik Puan "



*Sedang asyik duduk makan eskem tetiba dapat idea nak tulis blog . Alhamdulillah , ilmu Allah .. Ehemm*

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia . 
ehem ehem ! *betulkan mic* 

Kepada tuan-puan , kakak-kakak , abang-adik .. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik ..

Sila ambil tempat duduk masing-masing .

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang dan Maha Pengasih . 
kita mulakan dgn ummul kitab Al-fatihah *tadah tangan*

Ehem . . 
Baik . . . Kenapa wanita ni , Allah wajibkan menutup aurat .. 
Kenapa aurat wanita ni hampir seluruh badan , lelaki pusat hingga lutut je .. 
Haa , jawab . . . *lap peluh*
Takde yg nak jawab ye .. 
Okey -----

Sebabnya wanita ni istimewa .. 
Banyak kelebihan wanita dari lelaki . Beruntunglah kita ni jadi wanita *bwat muka omey*

Salah satunya adalah , doa seorg wanita lebih makbul dari doa seorg lelaki .. 
Kerana wanita memiliki sifat penyayang yg melampau-lampau . . 
Well , wanita kan memang dah terkenal dgn sifat penyayang . Sopan , lemah lembut , ayu  . . 

Bukan lelaki ni tak penyayang , tak sopan , tak lemah lembut atau ayu .. eh ? 
Haa , bukan tak penyayang atau tak sopan .. Bukan !! Tapi seorang wanita lebih penyayang dari lelaki ..

Kita ni sebagai wanita , darjat kita amat tinggi d sisi Allah .. 
Tapi tak lh tinggi kalau kita tak jadi Solehah kan . Jadi seorg wanita je tak cukup . Jadi lh seorg wanita Solehah . Seorg wanita Muslimah . Seorg wanita Syurga bidadari dunia . . Ehem ehemm .

" Macam mana nak jadi Bidadari dunia ?? "


Soalan kacang ...
Dengan mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya . . 
Contoh solat .
Tidak lh molek kalau tidak solat . 
Aurat . . .
Aurat kena jaga elok-elok . Tutup elok-elok .. 
Jaga maruah , jaga solat , puasa d bulan Ramadhan , taat pada suami .. Kemudian masuk lh d mana-mana pintu Syurga yg kalian maw . . 

Senang kan .. Mudah je .. Kacang je .. Belum cuba belum taw , sudah cuba pasti puas . . "Eh , peribahasa baru nim" *tulis kat nota*

-----sambung-----


" Mengapa wanita perlu bertudung labuh ?? "

Eh , banyak sebabnya puan .. 
Sila sediakan kertas dan pen . 
Salin salin . . .

1- Menutup aurat , Allah cinta .. Tanak ke Allah cinta dan sayang pada kita ?? 
Manusia sayang kita je , kita dah kesukaan lompat-lompat atas katil sampai patah . 
Ni kan pula Allah , . Tiada yg lebih menggembirakan selain d cintai dan d kasihi Allah SWT ..

2- Dapat pahala jika kita menjaga aurat , bertambah-tambah pahala kalau kita ikhlas .. 
Yelah , ramai yg menutup aurat tak ikhlaskan .. Mula-mula memang macam tu , belum biasa lagi . . 
Memang kena paksa dulu . Lama-lama , pandai lh keikhlasan tu hadir sendiri . . Just istiqamah ya sygs .. Lagipun bila kita ikhlas makin byk pahala . 
So , mula ikhlaskan diri utk menutup aurat ya chenta ..

3- Nampak Solehah , kekadang macam Puan Ustazah kan .. hikhik ! 
Siapa yg tak suka jadi Ustazah cik adik oi . 
Tak jadi Ustazah pun takpe , yg penting macam Ustazah *big senyum*

4- Mampu menjaga mata lelaki dan melindungi diri dari lelaki jahat .. 
Cuba lh ke pasar dgn berpakaian mengikut syariat . Lelaki pasti hormat . Walaupun ada sesetengah lelaki yg menegur kita dgn cara memberi salam *ingatkan kita suka caranya* . 
Tapi itu lebih baik dari mereka usha dan memanggil kita seperti memanggil tikus mondok -_-' tapi dalam hati rasa mcm nak bagi double triple punch je .

5- Melabuhkan tudung . Ikut syariat . Ertinya mengikut 'sunnah' .
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yg menghidupkan sunnahku , maka sesungguhnya ia telah mencintaiku dan sesiapa yg mencintaiku nescaya ia bersama-samaku d dalam Syurga" 
      { Riwayat oleh Anas r.a }

6- Bila dah tutup dgn sempurna bole terus pakai solat , takyah keliling masjid mencari telekung . Kadang ada telekung yg d ragui kebersihannya sebab ... 
Errr , bau menusuk hidung . 
Nak solat pun tak khusyuk jadinya . Takkan nak 'dating' dgn Allah dalam keadaan berbau kan . . Hihihi ! 

7- Menyihatkan tubuh badan . Tidak terdedah kepada sinar UV , debu , kuman dan sebagai . 
Kesihatan pun Insya-Allah terjamin . Dalam keadaan Negara masa kini , dgn asap keretanya , dgn terik mataharinya . Bole hitam d bwatnya . Debu pun bole mengusamkan kulit . 
Terpaksa lh beli brg kosmetik mahai2x -_-' tak ke membazir ?? 

8- Tingkatkan al-haya' dalam diri . Malu tandanya ada iman .. Malu adalah pakaian taqwa . 

9- Dapat mendidik hati menghormati diri sendiri sebelum orang lain hormat kita . 
Bila dah menutup aurat dgn sempurna , cuba lh masuk ke dalam lif , org ramai akan memberi ruang kepada anda dan malu sangat bila tersentuh anda . 
Tu tandanya org hormat kita . 

10- Salah satu cabang dakwah . Membuat orang ramai mengenal Islam tu macam mana . 
Bila kita memakai tudung tak cukup kain , org akan confius macam mna sebenarnya menutup aurat ni . 
Terutama kepada non-muslim , mesti diorg rasa pelik kan . 
Apa kita nak cakap bila tetiba non-muslim dtg kepada kita dan tanya "puan , menutup aurat tu sebenarnya macam mna ?" 
Kebetulan masa tu kita memakai tudung singkat . 
Perghh ! Nak sorok kat mana muka ni ? Ada kh anda akan jawab mcm ni "menutup aurat tu sebenarnya bertudung labuh dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan" *bercakap ala ala ustazah* 
then non-muslim tu kata "macam pakaian awak ni ?" *sambil mata dia tengok kita dari atas ke bawah* 
Then dgn selamba kita jawab lagi , "bukan lh , macam org d hujung sana tu " *sambil menunjuk ke arah wanita Muslimah* .. 
Lepas tu non-muslim tu pelik . 
"Habis pakaian awak ni ?" 
Dan anda jawab "saya tak takut pada Allah , sebab tu saya berpakaian macam ni" Errk ! *tercekik garpu* .. Huhu ! Parah kan .. 

11- Ciri-ciri seorg isteri solehah . Ehem ! 
Jodoh pun lancar , Insya-Allah . 
Seorang wanita solehah adalah dambaan semua lelaki . Meskipun dia seorg pencuri atau pembunuh , dia tetap inginkan seorg wanita solehah . . Tapi kena ingat , Allah telah berfirman dalam Al-Quran "Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik dan lelaki yg jahat untuk perempuan yg jahat"
Ehem , so ?? Nak yg baik atau yg jahat ? Jodoh kita bermula dari kita jugak . .
"Seorang wanita solehah lebih baik dari dunia dan isinya" 

12- Mudah d pakai , selesa , ringkas . Tak perlu masa lama nak lilit-lilit , belit-belit , pusing-pusing . Jimat masa kan .. 

See , banyak kelebihan . . 
Ni pun baru separuh . Belum masuk kan kelebihan yg lain . Belum masukkan ganjaran yg kita dapat kat akhirat . huhuhu ! 

Beruntungkan jadi wanita . 
So , nak berubah jadi wanita tak ? hahaha ! 
Awak encik abam takyah lh . 
Awak jadi lelaki soleh , jaga anak bini elok-elok . Bimbing keluarga . 
Nanti bole pimpin tangan bersama cik puan ke Syurga . hikhik ! 

Jangan takut untuk berubah ! 
Jangan takut nak bertudung labuh . 
Orang mengata kita nak tunjuk baik , biar kan diorang . Kita buat kerana Allah . Nak dapat redha Allah . 
Kita buat semua ni bukan nak tunjuk baik tapi kita nak jadi baik . 
Sampai bila nak berada d zaman jahiliyah kan .. 

Dan bonus untuk yg menutup aurat ni . Dia akan nampak lebih ayu , sopan , cantik dan omey . 

Sekian , wassalam ~ *lambai tangan*

- akak panda -

Rabu, 4 Jun 2014

Ikhtilat Like Keberi


IKHTILAT ??

Ramai yg tak taw apa itu ikhtilat . Ikhtilat dari segi Inche Kopiah adalah biskut import jepun . ehh ? -__-' 

Inche kopiah buat promo biskut import jepun senanye . Tu side income dia . Sila hubungi Inche Kopiah sendiri untuk maklumat lanjut . 

Okeyy  .. Tapi ...

Ikhtilat bagi aku seperti coklat keberi .
Sewitt . 
Indah . 

Tapi mempunyai keburukan yg bole membunuh secara senyap-senyap . 

Maksud aku bukan DNA khinzir tu . 
Tapi bole jugak lh masukkan maksud DNA khinzir tu . Sebab pening deh . Ada ke tak Encik khinzir tu dalam keberi *buat muka tonggong* -.-

Okey . Keberi ni bole memburuk kan gigi .
Kalau korang makan keberi lepas tu tak gosok gigi . Cepat lh buruk gigi tu .  

Lagi-lagi ??

Bole mendatangkan penyakit kalau kita tak kawal makan keberi . 

Bole kencing manis kan , sebab keberi manis . haha ! Memandai je aku ni .

Dan bole mendatangkan penyakit hati . 
Seperti dengki !! 
Sebab kita tak share dgn kawan . hahaha ! 
*mohon gelak* Alaaa , gelak lh *pegang rotan* 

Hoho ! Taw pun takut . .

So .. Sama jugak lh macam ikhtilat . 
Mendatangkan masalah kalau tak reti jaga .

Masalah macam mana tu ? 

Satu je . Allah murka . hoho ! *gelak mcm shinchan* 

Wait . Kenapa Allah murka ?? 

Sebab kita tak jaga ikhtilat lh -..-

So , macam mana nak jaga ikhtilat ? 

d pendekkan je , kalau takde urusan dgn ajnabi . Takyah lh borak-borak . chat sana . Wasep sini . 
Simple kan ?? *tiup kuku*

Oo . Mudah je lh kan . . 

Memang pun mudah . 
Tapi kekadang ada pemuda pemudi yg tewas dgn hasutan keberi ni . 
Eh , maksud aku . Tewas dgn ikhtilat ni . .

( contoh ) Alasannya , c serbanis nak bertanya bab agama . konon-konon nak minta ajar dgn c niqabis . . 
Cett ! Alasan basi . Macam je lh dia takde kawan lelaki yg bole ajar dia . 
Kalau takde , cari lh !! Bukan susah pun . Kat twitter banyak !! *asah garpu*

Inche Kopiah pun bole ajar . Cari je dia . 
Usaha lh . . 

Okey aku nak kongsikan satu cerita . 
Ni tentang sahabat aku . 
Izinkan saya share cerita awak syg *bwat muka omey*
Okey dia izinkan lh tu . hahahaha ! 

Dia ni niqabis . Tapi tak ramai taw dia ni niqabis . Dia tak suka bagitaw kawan-kawan usrah dia kat wechat . Kalau d tanya , baru dia bagitaw . Tu pun dia mengelak dulu . D paksa bagi taw baru dia bagitaw . . 

Okey ni bukan point cerita . hahaha ! 
Dia ada beberapa group usrah campur . 

Group usrah campur tu apa ? 

Group percampuran dgn ajnabi ler -_-'

Oo . Okey faham . Sila sambung puan ..

Then . Ada seorg mamat ni add wechat dia . 
Dia tak approve , dan dia tanya dulu mamat yg add dia tu "kenapa" . hahaha ! Means , kenapa add dia ? Ada apa-apa ke ? 

Lepas tu mamat tu balas . Dia nak belajar ilmu agama dgn sahabat aku ni . 

Fuhh ! Beraninya mamat ni add akhawat . *keluar asap*

" Kenapa nak belajar agama sampai nak add aku ? Apa-apa pun bole tanya dekat group kan . Jadi kalau ada yg jawab apa-apa soalan , orang lain pun dapat ilmu bersama . Bole kongsi pendapat kalau ada yg silap .
Tapi apa-apa pun , kat dalam tu ramai ikhwan . Takkan lh dia tak bole belajar dari mereka ? Satu alasan yg tak masuk akal " fikir sahabat ku . hahaha ! Panjang lebar dia membebel dalam hati . 

Then dia balas ringkas je . "Maaf saya tak approve ajnabi" . Hikhik ! 
Padan muka , ambik kau .. *senyum nampak gigi* 

Lepas tu . Mamat tu balas ringkas jugak .
"Okey maaf" .. 
Tapi aku taw apa perasaan mamat tu masa tu . Mesti malu gila . hahahaha ! Nasib tak gila . 

Dan ada lagi satu mamat ni . Buat alasan add kerana ukhuwah fillah . 

Errk *tercekik garpu*

Ukhuwah fillah konon . 

Lelaki dan perempuan tak bole jadi kawan lh . 

Kenapa tak bole ? 

Sebab takut menimbulkan satu perasaan yg tak bole d kawal . Dan bole membuka jalan-jalan zina . . Errrr *baling selipar mak*

Bukan bermaksud tak bole berkawan .. 
Tapi .. Macam mana nak jelas kan ni ?? 
Tolong tolong .. Help me help me . *berlari mengejar pelangi* eh ?

Ishh ! Pokoknya tak bole . Nak safe , takyah ada kawan ajnabi kat laman sosial ni . 

Kalau yakin sangat bole jaga ikhtilat dan tidak terjatuh ke jurang zina dan maksiat . 
Sila lh add , sila sila .. 

So .... Hakikatnya ....
Ramai yg berjaya menjaga ikhtilat d real life tapi ramai yg kecundang d alam maya hokhok !*nangis*

Untuk tidak menanggung malu d masa hadapan . Dan untuk tidak terkurangnya nilai mahar . Ehh ? hahahaha ! 
Sila lh jaga ikhtilat . 
Biar orang kata bajet alim , sombong . Pedulikan je . Mulut orang tak bole tutup . 
Kalau kita tutup , kesian dia tak bole makan pulak . hahahaha ! 

Kbye !! *lari laju-laju*

- akak panda -

Selasa, 3 Jun 2014

Keluarga Sakinah

Bismillahirrahmanirrahim~ 

Nak cerita tentang seorg sahabat .. 

Wow ! Wow ! Wow !!! 
Jeles sangat tengok hubungan mereka sekeluarga , Allahu .. 
Mesranya :') 
Tetiba rindu kat ayah .. 

Hari tue kawan aku nak pegi kk , 
Nak pegi wedding familynya .. 
Kawan aku bertolak dari rumah pukul 7.30 ..

Sebelum tue kawan aku suruh ambil gambar dya , haha ! Malam tu dya omey sangat , dah lah kecik . . Bawak 2 beg lagi , Alahai .. Omey nya . . hehe ! 
*takda gambar nak bagi tngok* 

Syok-syok ambil gambar , datang Mak dya menyelit . haha ! 
Nak bergambar samalah tu .. 

Lepas tu adik dya masuk , 
Lepas tu Ayah dya pun masuk . . 
Aduhai ....
Masa tue perasaan ni sebak sangat , rasa macam nak nangis je , rindu dgn Ayah :'( 

Tak dapat jadi macam diorang pun takpa lah , tengok diorg hepy pun aku bole tumpang hepy .. *cari tisu*

Gambar mereka sekeluarga aku ada simpan .. 
Seronok tengok lama-lama , aku bayangkan yang aku ada kat situ .. 

Aku harap bila aku dah berkahwin , aku nak keluarga aku lebih gembira dari keluarga diorang . . hahaha ! 

Eh ?? Memanglah , semua nak keluarga yang bahagia kan -,- .. 
Insya-Allah ~ 

Aku harap zauj aku nanti seorang yang penyayang , bertanggungjawab dan pandai jaga diri dan keluarga .. 
Aku tak harap yang kaya mahupun yang kacak , cukuplah dengan Iman dan Agamanya mampu bwat aku jatuh cinta .. 

Cewahh ! Bermadah pulak Cik seorang ni . hohoho ! *hulur baldi* Jangan muntah taw .. :p

Sekian terima kasih , wassalam :D