Sabtu, 28 Jun 2014

Aku Bukan Inche Malaikat

Aku bukan Inche Malaikat

'Bang, Akh Imran tegur ana pasal Ikhtilat. Dia kata ana tak boleh nak manja-manja dengan muslimat.'

seorang junior menyapa aku.

'Ehh baguih lah apa Akh Imran kata tu. Kita memang kena jaga apa yang patut dijaga. Haa, Ikhtilat tu lah'

'Tapi kan bang...' dia gagap.

'Tapi hari itu ana tengok dia ngan muslimat batch abang takde pun jaga ikhtilat. Sangat berbeza dengan apa yang dia katakan. Sangat berbeza dengan apa yang dia ajar kami masa Usrah.' Dia cerita segala.

Aku kerut muka. Haihh Imran, nak buat problem pulak ye?

Then aku jumpa Imran. I ask him about the issue.
Imran buat muka slamber then kata kat aku :

'Aku bukan Malaikat'

'Aku tak perfect'

'Semua orang buat silap'

Then after couple of days, anak buah usrah Imran jumpa aku lagi.

'Bang, Akh Imran masih lagi tak jaga. Bahkan makin parah saya tengok.'

'Oh macam tu ya?'

'Nanti Abang buat apa yang patut dibuat ye...' Aku kenyit mata.

Aku jumpa Imran dan tanya dia pasal tu. Then dia bagi jawapan sama:

'Aku bukan Malaikat'

Kemudian...

*Imran masuk hospital disebabkan sekehan kepala yang melampau* T-T

-----------------------------------------------------------------------------------

Uhukk uhukk

Yeahh, kita bukan Malaikat.
Tak payah cakap, aku memang tahu.

Tapi jangan lah macam ni.

Please.

Jangan guna ungkapan : 'Aku bukan Malaikat' sebagai alasan.

Sebagai alasan untuk kau lepas daripada kesalahan yang kau terbuat atau sengaja buat

Memang kita manusia.
Manusia yang tidak lepas daripada buat kesilapan dan salah.

Bukanlah dinamakan manusia jika tak buat silap.

Kita bukan Nabi. Kita tak maksum.
Dosa itu bagaikan rutin harian kita.

Tapi kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Kenapa?

Sebab macam cerita Imran dan anak Usrah dia tu laa.
Dia suruh anak Usrah dia jaga Ikhtilat, tapi dia sendiri tak jaga Ikhtilat itu.

Bagaimana mungkin ada semangat dalam diri anak Usrah beliau nak jaga Ikhtilat jika Sang Pengajak menjaga Ikhtilat itu opposite apa yang diajak?

Contoh aku kata kat korang : 'Jangan makan Ais-Krim! Tak molek untuk kesihatan!'

Aku siap cakap lagi mudharat dan tak bagusnya makan Ais-Krim tu.
Ceramah 2 jam non-stop pasal keburukan Ais-Krim.

Tapi masa ceramah non-stop tuh, aku keluarkan Ais-Krim
Me myself makan Ais-Krim depan korang. Sambil buat gaya untuk menonjolkan sedapnya ais-krim itu.

Apa yang korang rasa?
Meluat dan menyampah kan? -.-

Padahal benda yang aku bawa tu betul!
Semua fakta betul.
Tiada satu pun dapat dipertikai oleh Persatuan Doktor Sedunia.

Tapi, disebabkan perbuatan aku yang hampeh tu, semua fakta dan kebenaran terkabur! 

KABUR!

Bila orang tegur aku, why you buat macam tu?

Aku just simply can answer : 'Aku bukan Malaikat'

See guys?

Apa effect bila kita berfikiran macam tu?

Benda yang korang bawak tu betul. Cuma perbuatan korang yang hampeh tu buat orang tak nak buat benda yang Sohih wa Bagus tuh -.-

Bagi korang, yang penting korang dah sampaikan apa yang patut korang sampaikan.

Pastu korang tak buat pun.
Pastu kasi alasan : 'Aku bukan Malaikat'

Lagi-lagi mereka yang bawa Islam. Sebar dakwah Islam.

Korang bawa nama Islam tahu tak? T^T
Jaga laa nama Islam yang Putih wa Suci wa Bersih tu leklok!

I repeat,
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Agar kita berhati-hati untuk tidak terpesong jauh daripada apa yang kita ajak orang buat.

jangan jadikan alasan :  'Aku bukan Malaikat' sebagai satu tiket untuk korang buat opposite dengan apa yang korang ajak.

Cuba sedaya upaya untuk buat apa yang kita katakan.

Memang tak Dosa kita tak buat apa yang kita kata, cukup sekadar ajak sahaja.


My advice, rasakan diri korang Malaikat bila berdakwah.
Tapi jangan sampai Takabbur wa Riya' wa Ujub.

Sekadar Psychology kepada diri kita agar tidak mudah tersasar dan terpesong dalam Dakwah kita.

Kita kena consider juga orang yang kita Dakwah tu.
Kata nak masuk Syurga Allah sama-sama dan serentak bukan ?

#Sumber -> entah darimana , hahahaha ! Inche kopiah kot .. 

- akak panda -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan