Jumaat, 22 Ogos 2014

" Perempuan "

Bissmillahirrahmannirrahhim. Assalamualaikum to all my beloved akhawat yg comel molek. 

Alhamdulillah wa syukurillah kami masih bernafas. How's your iman? Increase or decrease? Cuba reflect diri sekejap.

Baiklah. Perkongsian hari ini tentang SAYA,perempuan. 

Benarlah perempuan itu ibarat permata.

Kerana kecantikannya,dia dipandang oleh semua manusia. 
Kerans keindahannya,dia dipuji oleh sekalian insan.

Tetapi kerana kehalusan peribadinya,dia dinilai oleh seseorang yg amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.

Keindahan peribadinya ibaray kehalusan seni sebutir permata yang hnya mampu dinilai oleh seorang pakar yg benar-benar mengerti tetang keunikan reke bentuj sebutir permata di antara beribu-ribu permata yg terhampar.

Jadi,andai dirimu tercipta dngan penuh keindahan,bersyukurlah kerna itu adalah anugerahNya dan mnjadi perhiasan kpda peribadi yg indah. Tiada gunanya rupa yg jelita tanpa pekerti yg mulia. 

Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu,tiada apa yg perly dirisaukan. Mengapa tak perlu gusar? Itu semua ujian Tuhan utk menguji keimananmu kpdaNya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdirNya. Sebenarnya,kehalusan peribadimu mnjdi idaman setiap insan yg hnya mncari permata yg hakiki. 

Dia tidak memandang pada keindahan luaran,tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman,kesempurnaan dri sudut agamanya,yg beh membimbingnya ke arah jalan yg diredhai Tuhan. Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja,cuma kuantitinya sahaja yg agak sedikit berbanding lelaki yg biasa. 

Allah sendiri berfirman dalam Surah AlImran(3:139) yg mana Allah menegaskan,

"Janganlah kamu merasai lemah dan jngan pula kamu bersedih hati,sdgkn kamu org yg tinggi darjatnya jika kamu beriman,"

(Ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yg ingin berperang di jalan Allah.)

Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerna penggunaan kalimah yg bersifat muzakkar,tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kpda wanita kerana di dlam Alquran ayat yg ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan. Jadi,bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lenbut dripda Allah buat insan yg beriman yg merasa lemah dan berduka. 

Ya,mungkin pada pndangan org lain dirimu tak sehebat mana kerna keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terselah pda pndangan insan yg benar-benar memahami peribadi sebnar wanita bergelar muslimah sejati. 

Ingatlah,wanita yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk wanita yg baik pula(Annur,24:26). Semuanya sudah diatur rapi oleh Allah. Wanita yg beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yg buruk akhlaknya dan lelaki yg beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yg buruk tingkah lakunya. Ini kerana perkongsian hidup antara yg baik dngan yg buruk tak akan serasi sama sekali. 

Tidak dinafikan,mmng fitrah manusia menyukai keindahan rupa,tetapi adakalnya apa yg kita suka itu tak semestinya baik utk kita dan mungkin apa yg kita tak suka itu amat baik utk kita. Itu semua ketentuan Allah. 

Tunggulah,kecantikan sebenarnya akan terselah di akhirat nanti. Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur. Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yg abadi. Itulah janji Allah. Sesungguhnya Allah tak akan sama sekali memungkiri janjiNya.

Kesimpulan.๐Ÿ’—

Keindahan seorang wanita hnya terletak pada kesempurnaan agamanya. Keindahan fizikilnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara dripada Allah yg mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya. Itulah fitrah manusia,tiada apa yg kekal pda kita. Oleh itu,buat semua muslimah,moga perkongsian ini mnjdi penawar kegusaran hatimu. 

Alhamdulillah. Semua kelebihan driNya dan kekurangan dri insan ini. Sekian. Thankyou for reading. Muah muah. ☺๐Ÿ˜‚๐Ÿ’•

#ADA2 (22 August 2014)
๐ŸŽˆUkhti Syakirah
๐ŸŒธBulatan Gembira ADA2๐ŸŒธ

✏ 22 August 2014✏

Khamis, 7 Ogos 2014

Hanya Pada-Mu

Orang bukan faham pun apa kita rasa ..

Kita menjeritlah ..
Menangis lah ..
Orang tetap tak rasa dan tahu ..
Melainkan Dia ..



Tapi kita ni ..
Tetap juga nak utamakan manusia melebihi Dia ..



Walhal nya ujian dan masalah itu adalah kasih sayang Dia pada kita ..

Luah lah pada Dia ..
Kenapa perlu manusia ?
Mungkin Allah tak beri respon yang memuas kan , begitu ?

Tidak !!


Allah tu Maha memahami ..
Mengetahui setiap corong dan celah ..

Yang kita sembunyikan sakit itu pun Dia tetap tahu dan rasa . .


Tapi .....
Dia minta kita kuat ..
Bukan minta kita lemah ..
Bukan juga minta kita bersangka buruk pada-Nya ..

Berdoa lah ..
Bersujud lah ..
Dengan berdoa dan bersujud itu ..
Dia akan berikan kita kekuatan yang luar biasa ..




Sabtu, 28 Jun 2014

Aku Bukan Inche Malaikat

Aku bukan Inche Malaikat

'Bang, Akh Imran tegur ana pasal Ikhtilat. Dia kata ana tak boleh nak manja-manja dengan muslimat.'

seorang junior menyapa aku.

'Ehh baguih lah apa Akh Imran kata tu. Kita memang kena jaga apa yang patut dijaga. Haa, Ikhtilat tu lah'

'Tapi kan bang...' dia gagap.

'Tapi hari itu ana tengok dia ngan muslimat batch abang takde pun jaga ikhtilat. Sangat berbeza dengan apa yang dia katakan. Sangat berbeza dengan apa yang dia ajar kami masa Usrah.' Dia cerita segala.

Aku kerut muka. Haihh Imran, nak buat problem pulak ye?

Then aku jumpa Imran. I ask him about the issue.
Imran buat muka slamber then kata kat aku :

'Aku bukan Malaikat'

'Aku tak perfect'

'Semua orang buat silap'

Then after couple of days, anak buah usrah Imran jumpa aku lagi.

'Bang, Akh Imran masih lagi tak jaga. Bahkan makin parah saya tengok.'

'Oh macam tu ya?'

'Nanti Abang buat apa yang patut dibuat ye...' Aku kenyit mata.

Aku jumpa Imran dan tanya dia pasal tu. Then dia bagi jawapan sama:

'Aku bukan Malaikat'

Kemudian...

*Imran masuk hospital disebabkan sekehan kepala yang melampau* T-T

-----------------------------------------------------------------------------------

Uhukk uhukk

Yeahh, kita bukan Malaikat.
Tak payah cakap, aku memang tahu.

Tapi jangan lah macam ni.

Please.

Jangan guna ungkapan : 'Aku bukan Malaikat' sebagai alasan.

Sebagai alasan untuk kau lepas daripada kesalahan yang kau terbuat atau sengaja buat

Memang kita manusia.
Manusia yang tidak lepas daripada buat kesilapan dan salah.

Bukanlah dinamakan manusia jika tak buat silap.

Kita bukan Nabi. Kita tak maksum.
Dosa itu bagaikan rutin harian kita.

Tapi kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Kenapa?

Sebab macam cerita Imran dan anak Usrah dia tu laa.
Dia suruh anak Usrah dia jaga Ikhtilat, tapi dia sendiri tak jaga Ikhtilat itu.

Bagaimana mungkin ada semangat dalam diri anak Usrah beliau nak jaga Ikhtilat jika Sang Pengajak menjaga Ikhtilat itu opposite apa yang diajak?

Contoh aku kata kat korang : 'Jangan makan Ais-Krim! Tak molek untuk kesihatan!'

Aku siap cakap lagi mudharat dan tak bagusnya makan Ais-Krim tu.
Ceramah 2 jam non-stop pasal keburukan Ais-Krim.

Tapi masa ceramah non-stop tuh, aku keluarkan Ais-Krim
Me myself makan Ais-Krim depan korang. Sambil buat gaya untuk menonjolkan sedapnya ais-krim itu.

Apa yang korang rasa?
Meluat dan menyampah kan? -.-

Padahal benda yang aku bawa tu betul!
Semua fakta betul.
Tiada satu pun dapat dipertikai oleh Persatuan Doktor Sedunia.

Tapi, disebabkan perbuatan aku yang hampeh tu, semua fakta dan kebenaran terkabur! 

KABUR!

Bila orang tegur aku, why you buat macam tu?

Aku just simply can answer : 'Aku bukan Malaikat'

See guys?

Apa effect bila kita berfikiran macam tu?

Benda yang korang bawak tu betul. Cuma perbuatan korang yang hampeh tu buat orang tak nak buat benda yang Sohih wa Bagus tuh -.-

Bagi korang, yang penting korang dah sampaikan apa yang patut korang sampaikan.

Pastu korang tak buat pun.
Pastu kasi alasan : 'Aku bukan Malaikat'

Lagi-lagi mereka yang bawa Islam. Sebar dakwah Islam.

Korang bawa nama Islam tahu tak? T^T
Jaga laa nama Islam yang Putih wa Suci wa Bersih tu leklok!

I repeat,
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Nabi. Usaha untuk Maksum.
Kita sebagai Dai'e, kena usaha untuk jadi Malaikat.

Memang mustahil untuk jadi Nabi wa Malaikat
Tapi atleast kita menuju ke arah itu agar kita berhati-hati dalam buat Dosa wa Maksiat.

Agar kita berhati-hati untuk tidak terpesong jauh daripada apa yang kita ajak orang buat.

jangan jadikan alasan :  'Aku bukan Malaikat' sebagai satu tiket untuk korang buat opposite dengan apa yang korang ajak.

Cuba sedaya upaya untuk buat apa yang kita katakan.

Memang tak Dosa kita tak buat apa yang kita kata, cukup sekadar ajak sahaja.


My advice, rasakan diri korang Malaikat bila berdakwah.
Tapi jangan sampai Takabbur wa Riya' wa Ujub.

Sekadar Psychology kepada diri kita agar tidak mudah tersasar dan terpesong dalam Dakwah kita.

Kita kena consider juga orang yang kita Dakwah tu.
Kata nak masuk Syurga Allah sama-sama dan serentak bukan ?

#Sumber -> entah darimana , hahahaha ! Inche kopiah kot .. 

- akak panda -

Jumaat, 27 Jun 2014

" Jangan Lupa Berdoa "

Seekor syaitan datang ke rumah seorg lelaki pada suatu malam . 
Dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki itu . 
Kemudian dia ketawa dan pulang . 

Keesokan harinya , dia memanggil rakan-rakan syaitan yg lain sambil berkata , "kawan-kawan , mari ikut aku . Malam ni ada org bermurah hati memberi makan dan tempat tidur untuk kita ." 

Maka syaitan dan rakan-rakannya bergegas ke rumah lelaki itu dgn bersiul-siulan . 

Seekor syaitan datang ke rumah lelaki yg lain pula . Dia memantau keadaan lelaki itu dari jauh . Kemudian dia berduka cita lalu bergegas pulang tanpa ada peluang utk kembali lagi .. 

Kesayangan semua , cuba kita renungkan kisah ini . . . .


Mengapa syaitan berkesempatan untuk makan dan tidur d rumah lelaki pertama ? 
Sedangkan syaitan kedua tidak berpeluang melakukan hal yg sama ?? 

Mengapa ?? 


Sebab .... 

Org pertama pertama tidak pernah membaca doa dalam setiap aktivitinya . Bila nak mkn , minum , tidur dia tidak membaca Bismillah . 

Semuanya d lakukan tanpa mengingati Allah SWT . Sedangkan lelaki kedua pula , selalu melakukan sesuatu dgn berdoa . Setiap perbuatannya d mulakan dgn doa . Jadi syaitan tidaklah dekat dgn dia .


Mungkin sebahagian kita beranggapan , apa sangatlah doa ?
"Sekadar mainan dan bacaan budak2x tadika . Kita yg sudah berumur ni , kalau tidak berdoa apa salahnya  ? Bukan rugi apa-apa pun ."
Itu lh yg sering d perkatakan hati kita -_-' dan kadang kita selalu lupa nak baca doa .. 

Rugi besar lh org yg mengabaikan doa ni . 

Doa itu bererti kita memohon keberkatan dari Allah . 

Doa adalah zikrullah . 

Memulakan sesuatu tanpa memohon izin Tuhan sekalian alam bererti kita ni makhluk yg SOMBONG dan BONGKAK !! 

Amalan-amalan yg kita lakukan pun belum tentu lancar dan berjaya . 

Kerana itu Nabi SAW bersabda , "Setiap pekerjaan yg tidak d mulakan padanya dgn Bismillah , maka pekerjaan itu akan terpotong dan terputus ( iaitu cacat atau kurang keberkatan ) ." 

Mari kita imbas kembali .....

Adakah kita sentiasa berdoa apabila naik kenderaan ? 

Jarang sekali kita perhatikan remaja yg membaca doa sebaik saja menghidupkan enjin kenderaan . 

Tidak hairanlah jika setiap hari ada je kemalangan . 
Apabila hati dan perasaan sewaktu memandu sudah d bolak-balikkan oleh syaitan . 
Maka pemandunya mudah beremosi . Silap hari bulan bole membawa maut ! 

Iklan d tv ada menyebut , "Ingatlah org tersayang sewaktu memandu" { eh ? Betul kh ni , lupa -_-' } .. 
Hmm , sekali d fikir , memang wajar . Tetapi kdg-kdg dgn mengingati org tersyg d rumah akan menyebabkan kita lebih gopoh dalam memandu . 

Terutamanya remaja .. *remaja lagi -_-'* 

Jadi sepatutnya begini ,"Ingatlah Allah dan bacalah doa sewaktu memandu ." maka dgn itu hati kita akan lebih aman dan selamat ketika memandu .. 

Dan kepada bakal pengantin *knp tiba2x bakal pengantin ni* .. Hehe ! 

Doa amat penting untuk kita demi kebaikan generasi akan datang . Mencuaikan doa akan menjadikan anak dan zuriat kita akan liar serta keras hati . 

Akak nak share sikit doa yg d baca sebelum suami dan isteri mengadakan hubungan kelamin  -..- *maaf agak ekstrem*

Ramai pengantin baru khususnya pemuda pemudi tidak menghafaz doa ni , ehem .. *betulkan spek*

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim , daripada Ibnu Abbas , dia berkata ,"Telah bersabda Rasulullah SAW : Seandainya salah seorg dari kamu apabila mendatangi isterinya dia mengucapkan , 'Bismillahi... Allahumma jannibnasy syaithana wajannibisy-syaithana maa razaqtanaa ( Dengan Nama Allah... Ya Allah jauhkan syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari anak yg Engkau berikan kepada kami ) ' 
Maka sesungguhnya jika ditakdirkan antara kedua dalam persetubuhan itu akan mendapat anak , nescaya syaitan tidak akan membahayakan anak itu selama-lamanya ."

So bermakna kalau kita lupa doa itu , pasti anak dan zuriat kita akan mudah menerima pujukan dan mengikut telunjuk syaitan kan .

Jadi jgn beranggapan doa itu perkara remeh dan selalu d sia-siakan . 

Kecuaian tidak membaca doa bole mengakibatkan rosaknya satu generasi . Rosaknya anak2x kita pada masa depan akibat d ganggu syaitan ..

Jika doa itu suatu mainan , mesti Nabi Muhammad SAW tidak akan berdoa dalam setiap perbuatannya kan ?? 

Ketahuilah kesayangan semua , bahawa doa itu sangat penting dan mustahak d jaga bagi menghalau tetamu misteri iaitu syaitan dan sekutunya ! 

Semoga Allah melindungi dan menjaga kita sentiasa , Aamiin .. 

Sampai disini saja akak merapu .. 

Oh yaa , Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak .. 
Maafkan segala kesilapan , 
Akak bukan maksum , tegur jika ada silap dalam menulisan .. 

Wassalam~

- akak panda -

Khamis, 26 Jun 2014

Pelik Dan Lagi Pelik

Pelik dan Lagi Pelik.

Antara sebelum dengan semasa Ramadan, seolah-olahnya kita orang berlainan ...

Sebelum Ramadan ,
Membaca al-Quran dua-tiga hari pun belum tentu .

Berpuasa sehari sebulanpun kira-kira .

Solat witir satu rakaat sebelum tidurpun susah , apa lagi dua rakaat solat malam nanti .

Namun semasa Ramadan ,
Tiap-tiap hari membaca al-Quran .
"Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk , 604 muka surat .
Tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga. Biasa sahaja .
Berpuluh-puluh rakaat solat malam . 

Jika tidak ingat solat witir sebelum tidur , sanggup melakukannya semasa bangun sahur . 

Pelik bukan ?

Dan lagi pelik.. 

Kerana lepas Ramadan , kita menjadi seperti sebelum Ramadan semula . 
Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari .

Kenapa ya ?

Sekali lagi syaitan dipersalahkan . 

Sepanjang Ramadan kita melatih iman , begitu mudah mengalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan .

Setidak-tidaknya melekat jugak satu amalan untuk dirutinkan selepas Ramadan.

Barangkali...
Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadan .
Yang kita kejar hanya pahala Ramadan sahaja .

Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadan itu sebulan , tetapi kekalkanlah semangatnya setahun , Ya Allah T_T

Tetapi..
Bukankah MATLAMAT sebenar di sebalik puasa Ramadan ialah TAKWA , bukan pahala ..
"Wahai orang Mukmin , difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amal soleh pada setiap ketika demi bertemu Ilahi ...
Bukannya bermusim.

ADAKAH FENOMENA PELIK INI BERULANG LAGI PADA RAMADAN TAHUN INI ?

- akak panda -