Jumaat, 27 Jun 2014

" Jangan Lupa Berdoa "

Seekor syaitan datang ke rumah seorg lelaki pada suatu malam . 
Dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki itu . 
Kemudian dia ketawa dan pulang . 

Keesokan harinya , dia memanggil rakan-rakan syaitan yg lain sambil berkata , "kawan-kawan , mari ikut aku . Malam ni ada org bermurah hati memberi makan dan tempat tidur untuk kita ." 

Maka syaitan dan rakan-rakannya bergegas ke rumah lelaki itu dgn bersiul-siulan . 

Seekor syaitan datang ke rumah lelaki yg lain pula . Dia memantau keadaan lelaki itu dari jauh . Kemudian dia berduka cita lalu bergegas pulang tanpa ada peluang utk kembali lagi .. 

Kesayangan semua , cuba kita renungkan kisah ini . . . .


Mengapa syaitan berkesempatan untuk makan dan tidur d rumah lelaki pertama ? 
Sedangkan syaitan kedua tidak berpeluang melakukan hal yg sama ?? 

Mengapa ?? 


Sebab .... 

Org pertama pertama tidak pernah membaca doa dalam setiap aktivitinya . Bila nak mkn , minum , tidur dia tidak membaca Bismillah . 

Semuanya d lakukan tanpa mengingati Allah SWT . Sedangkan lelaki kedua pula , selalu melakukan sesuatu dgn berdoa . Setiap perbuatannya d mulakan dgn doa . Jadi syaitan tidaklah dekat dgn dia .


Mungkin sebahagian kita beranggapan , apa sangatlah doa ?
"Sekadar mainan dan bacaan budak2x tadika . Kita yg sudah berumur ni , kalau tidak berdoa apa salahnya  ? Bukan rugi apa-apa pun ."
Itu lh yg sering d perkatakan hati kita -_-' dan kadang kita selalu lupa nak baca doa .. 

Rugi besar lh org yg mengabaikan doa ni . 

Doa itu bererti kita memohon keberkatan dari Allah . 

Doa adalah zikrullah . 

Memulakan sesuatu tanpa memohon izin Tuhan sekalian alam bererti kita ni makhluk yg SOMBONG dan BONGKAK !! 

Amalan-amalan yg kita lakukan pun belum tentu lancar dan berjaya . 

Kerana itu Nabi SAW bersabda , "Setiap pekerjaan yg tidak d mulakan padanya dgn Bismillah , maka pekerjaan itu akan terpotong dan terputus ( iaitu cacat atau kurang keberkatan ) ." 

Mari kita imbas kembali .....

Adakah kita sentiasa berdoa apabila naik kenderaan ? 

Jarang sekali kita perhatikan remaja yg membaca doa sebaik saja menghidupkan enjin kenderaan . 

Tidak hairanlah jika setiap hari ada je kemalangan . 
Apabila hati dan perasaan sewaktu memandu sudah d bolak-balikkan oleh syaitan . 
Maka pemandunya mudah beremosi . Silap hari bulan bole membawa maut ! 

Iklan d tv ada menyebut , "Ingatlah org tersayang sewaktu memandu" { eh ? Betul kh ni , lupa -_-' } .. 
Hmm , sekali d fikir , memang wajar . Tetapi kdg-kdg dgn mengingati org tersyg d rumah akan menyebabkan kita lebih gopoh dalam memandu . 

Terutamanya remaja .. *remaja lagi -_-'* 

Jadi sepatutnya begini ,"Ingatlah Allah dan bacalah doa sewaktu memandu ." maka dgn itu hati kita akan lebih aman dan selamat ketika memandu .. 

Dan kepada bakal pengantin *knp tiba2x bakal pengantin ni* .. Hehe ! 

Doa amat penting untuk kita demi kebaikan generasi akan datang . Mencuaikan doa akan menjadikan anak dan zuriat kita akan liar serta keras hati . 

Akak nak share sikit doa yg d baca sebelum suami dan isteri mengadakan hubungan kelamin  -..- *maaf agak ekstrem*

Ramai pengantin baru khususnya pemuda pemudi tidak menghafaz doa ni , ehem .. *betulkan spek*

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim , daripada Ibnu Abbas , dia berkata ,"Telah bersabda Rasulullah SAW : Seandainya salah seorg dari kamu apabila mendatangi isterinya dia mengucapkan , 'Bismillahi... Allahumma jannibnasy syaithana wajannibisy-syaithana maa razaqtanaa ( Dengan Nama Allah... Ya Allah jauhkan syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari anak yg Engkau berikan kepada kami ) ' 
Maka sesungguhnya jika ditakdirkan antara kedua dalam persetubuhan itu akan mendapat anak , nescaya syaitan tidak akan membahayakan anak itu selama-lamanya ."

So bermakna kalau kita lupa doa itu , pasti anak dan zuriat kita akan mudah menerima pujukan dan mengikut telunjuk syaitan kan .

Jadi jgn beranggapan doa itu perkara remeh dan selalu d sia-siakan . 

Kecuaian tidak membaca doa bole mengakibatkan rosaknya satu generasi . Rosaknya anak2x kita pada masa depan akibat d ganggu syaitan ..

Jika doa itu suatu mainan , mesti Nabi Muhammad SAW tidak akan berdoa dalam setiap perbuatannya kan ?? 

Ketahuilah kesayangan semua , bahawa doa itu sangat penting dan mustahak d jaga bagi menghalau tetamu misteri iaitu syaitan dan sekutunya ! 

Semoga Allah melindungi dan menjaga kita sentiasa , Aamiin .. 

Sampai disini saja akak merapu .. 

Oh yaa , Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak .. 
Maafkan segala kesilapan , 
Akak bukan maksum , tegur jika ada silap dalam menulisan .. 

Wassalam~

- akak panda -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan