Sabtu, 8 Mac 2014

Hindari Jadi "Pelakon Terbaik"

Assalamu'alaikum ..
Bissmillahirrahmanirrahim , 
Tajuk entri hari ni hot sangat .. Huhuhu ! 



Mungkin ramai yg perasan dan x perasan godaan baru kepada hawa nafsu serakah lelaki hari ini ialah melalui wanita yg 'memakai jubah fancy b'labuci' & 'bermanik indah' .. 
B'purdah menyembunyikan wajah , mata b'maskara untuk menjadikannya bulat & menyerlah .. Memakai contact lens b'warna , bulu mata d tebalkan & d lentik kemudian merenung manja , gayanya seperti berkata "Akulah the muslimah , pandanglah aku , dtglah kepadaku" Allahu :'( 

Bersihkanlah Niat Untuk Berniqab 

B'niqab bukan b'tujuan menunjuk kehebatan diri , 
B'niqab bukan b'tujuan menunjukkan dirimu adalah wanita solehah , 
B'niqab bukan b'tujuan membangga diri ,
B'niqab bukan b'tujuan membuktikan kita adalah b'beza drpd yg lain .. 

Apalah gunanya b'niqab andai gambar-gambar d kongsi untuk tatapan sesiapa sahaja , 
Apalah gunanya b'niqab andai masih ada keinginan utk tabarruj , 
Apalah gunanya b'niqab andai diri masih terlibat dalam pergaulan bebas T_T 

B'niqablah hanya utk mendapatkan redha Allah SWT , 
B'niqablah hanya utk mendapatkan kasih syg Allah SWT , 
B'niqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran .. 
Bersihkanlah niat utk b'niqab hanya utk Allah SWT bukan selain dari-Nya .. 

Setiap kali terasa diri itu t'riak , niatkan dlm hati "Sahaja diriku ini b'niqab hanya kerana Allah Ta'ala
Hindarilah sifat kemunafikan apabila b'purdah .. 

Sila jauhkan diri daripada menjadi 'PELAKON TERBAIK' 

Aku Berniqab Kerana :
👉 Aku sudah selidiki hukumnya
👉 Aku sudah selidiki sirahnya 
☝️Bukan kerana ikut-ikutan
☝️Bukan kerana fesyen
☝️Bukan kerana mahukan pujian
Tapi Kerana :
Menjaga Agama Allah
✅ Menghindari Fitnah 
✅ Menjaga Maruah 
✅ Menjaga Aurat

Note ~> Tidak b'solek d mata secara b'lebihan dan bukannya nak posing d FB !!

Allahu kerana niqabis beginilah niqabis yg lain dapat nama buruk , mohon ubah cara anda .. 
D pakaikan niqab kerana ingin melindungi bukan utk mempamerkan kecantikkan !! 

Semoga entri kali ini b'manfaat utk anda , ana dan semua .. In shaa Allah .. 
Fi hifzillah , Assalamu'alaikum ~

Jumaat, 7 Mac 2014

Terima Kasih Sahabat

Assalamu'alaikum . hahaha ! *gelak mcm fagha* nak cerita pasal tadi ..

Rupanya Eby ada text kita kat wc , cuma lambat sikit lah .. Tapi text Eby sampai 21 taw , fuhyoo ! 
First tue tengok je , rasa macam xnak buka tapi kita buka juga .. x tahanlah majuk lama-lama n kami b'text bincang kenapa dya mcm tue ... 
Laa , rupanya ada seorg kwn Eby cakap merapu dekat dya , kata kawan Eby 36 hari lagi nak kiamat .. Allahu , kiamat ne kita x taw bila lh sygs .. Kita cuma d bagi tanda-tanda sebelum nak kiamat saja .. Panjang ceritanya , malas lh nak cerita . hehe ! Kesian Eby , pasal tue Eby x sedap perasaan terus .. Tapi Alhamdulillah , Eby oke dah .. 

Skrg Ibu pulak pegi hospital , emergency pulak tue .. Kenapa ya ? Ibu sakit kh ? Ibu x sempat bagitaw , nanti ibu balik lh baru tanya .. 
Sem0ga Ibu sihat-sihat saja , In shaa Allah Aamiin .. 

Kak zim pulak , sempat menyakat Is ya .. Oke fine ! xnak kwn kak zim .. hehe ! 
Kak zim , pujuk lh kita cepat  .. "Waiting"
Sepatutnya klaw kita sedih terus pujuk saja , ni kak zim tanya lagi . haha !

Umi pulak , seharian umi xda .. Umi bz kot .. Umi xda masuk chat hari ni .. 
Umi x taw cerita hari ni , bila masuk group nanti mesti byk persoalan umi ajukan tue . Hehe ! xnak jawab , sapa suruh x on . . . 

Dan sahabat-sahabat yg lain .. 
Ramai rupa'y syg kita kan , x sangka .. Hehe !

Diorg tawarkan aiskrim dah lemah , taw-taw pulak fav kita . hehe ! 

Akhir kata , Terima kasih sebab hadir dalam hidup kita , syukran jazilan kesayangan . . . Uhibbuki Fillah , Assalamu'alaikum , fi hifzillah ..

*Semalam punya skrg baru dapat pulish" --'

Khamis, 6 Mac 2014

Untuk Kesayangan

Sahabat👭
Apa erti sahabat ? Entahlah 😂

Hmm , nak cerita pasal sahabat baru ... 
Sahabat paling d sygs , sahabat paling d kasihi , sahabat paling d cintai .. 
Mereka ni comey2x semua , . 
Entahlah kenapa , walau tidak pernah b'sua muka tapi Is syg sangat dgn mereka . . . 
Perasaan sygs ni , Ya Allah😭 , x bley d ungkapkan dgn kata-kata . . Is syg sangat dan sangat-sangat syg dgn mereka . . . 

Tak taw lh mcm mna bley jadi serapat ni , kami semua dah macam kembar .. 
Nangis sama-sama , gembira sama-sama , mkn aiskrim sama-sama wlupun mkn dlm wechat saja .. Hehe ! Terasa mcm betul pulak tgh mkn bersama .. 
Rindu diorg setiap hari , x lengkap rasanya bila x tanya kabar setiap hari , b'gurau setiap hari , merajuk setiap hari , wahhh ... Nak nangis😂 . . . .
Walaupun tgh sakit , kuatkan juga diri ini buka wechat , nak b'manja bersama .. 
Walaupun dlm class berani saja tgn ni buka wechat just nak chat dgn diorg .. 

Tapi sejak semalam Eby suka merapu , sedih taw .. Eby kata nak tggalkan kami semua , kenapa ?? 
Dah x syg kak Is ? x syg Ibu ? x syg Umi ? x syg kak Zim ? x syg hanin ? x syg kak Sue ? x sygs semuanya kah ? Kami semua sygs Eby , kecil hati taw 😭 
Yang lagi bwat akak kecil aty semua leave group !! Kenapa ?? Kak Is ada bwat salahkah ? 
Kenapa mesti leave group ? 
Sepanjang kita bersama satu group pun akak x pena leave , sebab akak syg conversation kita ... 
Skrg akak tgh merajuk , hepy sangat bila Ibu , Kak zim , Hanin pujuk kak Is .. 
Even kak Rara pun yg xda kena mengena dgn masalah ne pun text kak Is .. Eby saja tiada text 😭 rasanya Eby memang betul-betul nak tinggalkan akak kan , xpalah sayang .. 
Akak doakan semua kesayangan akak dlm jagaan dan lindungan Allah SWT .. 
Maaf akak dah x mampu jaga korang , 
Akak harap group "EI Triple A" dan group "SENI" akan kekal selama-lamanya .. 
Akak xkan leave group sampai bila-bila , In shaa Allah . . . 
Akhir kata , biarlah ajal maut yg pisahkan kita d dunia ini jgnlah kita b'pisah , sem0ga kita semua b'temu d syurga kelak .. Aamiin ..

Akak sayang semuanya Lillahi Ta'ala , 
Fi hifzillah , Assalamu'alaikum . . .

"Mengapa Aku D Uji ??"

Ujian😰

Hari terus b'ganti hari , kehidupan manusia juga terus b'jalan pantas seiring dgn masa yg pantas b'lari .. 
D celah-celah hari b'warna-warni yg d jalani & d telusuri , tanpa sedar atau tidak , manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi .. 
Ujian-ujian yg d beri oleh Allah itu dtg menyapa silih b'ganti dalam pelbagai bentuk & rupa . Setiap org d uji oleh Allah b'beza-beza mengikut tahap kemampuan'y . . . . 
"Allah tidak membebani seorg melainkan apa yg terdaya olehnya , Ia mendapat pahala kebajikan yg d usahakannya , Ia juga menanggung dosa kejahatan yg d lakukan" 
{ Al-Baqarah :286 } 

Allah telah menyatakan dgn jelas d dlm Al-Quran bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya d luar kemampuan hamba-Nya . . .
Allah mengetahui kita kuat dlm menghadapi ujian-Nya , Allah menguji seseorg bkn kerana Allah benci tetapi percayalah Allah menguji kita kerana Dia sangat kasih kepada kita . . . 
Cuma kita sebagai hamba-Nya adakala tidak mampu b'tahan & b'sabar dlm menghadapi ujian-Nya . . . . 

Hakikatnya , saat kita sedang b'bahagia skrg , ada b'juta manusia d luar sana yg sedang d hujani & d himpit pelbagai derita .. 

"Kenapa aQ yang d uji ?"
"Kenapa aQ d uji sebegini ?"
"Ujian ini sangat berat , aQ tidak mampu Ya Allah"
Inilah yg selalu keluar dari bibir kita saat kita menghadapi ujian , kdgkala tanpa sedar & tiada niat kita terlanjur marah pada Allah kerana menghujani kita pelbagai ujian .. 

Tetapi apabila kita menenangkan diri & b'muhasabah kembali , ternyata sebenarnya dgn ujian yg d beri kita adalah hamba yg beruntung , kenapa ?? Kerana ujian hanya d beri oleh Allah kepada hamba-hamba yg terpilih hamba-hamba yg d kasihi & d sayangi-Nya ,
Dan jgnlah kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yg d nyatakan d dlm Al-Quran .. 
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum sampai kepada kamu (ujian & cubaan) seperti yg telah b'laku kepada org-org yg terdahulu sebelum kamu ? Mereka telah d timpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit , serta d goncangkan (dgn ancaman bahaya musuh) , sehingga b'katalah Rasul & org-org yg beriman yg ada bersamanya :'Bilakah (dtgnya) pertolongan Allah ?' Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu b'sabar & b'pegang teguh kpd agama Allah
{ Al-Baqarah :214 }

Sebagai manusia biasa , kita pasti tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba ? 
Jika kita tahu pun apalah kudrat kita sebagai seorg hamba yang kerdil lagi penuh dosa utk menolak ujian-ujian yg bakal menyapa itu .. 
Sudah tentu kita semua sudah pernah d uji & akan d uji lagi .. 
Tapi saat ujian itu pun tiba mampukah kita menjadi manusia yang b'syukur dgn ujian itu & memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah ? 
Allah maha mengetahui , mungkin tanpa ujian-ujian & dugaan yg d kirimkan khas oleh Dia utk kita , kita masih lagi hanyut & lemas dalam lautan kelalaian . Apa yg paling utama sebenarnya adalah "Hadiah" itu d kirimkan oleh Allah b'tujuan menilai sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya , sepertimana yg d jelaskan dlm Al-Quran . . 
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan d biarkab dgn hanya b'kata 'kami beriman' sedangkan mereka tidak d uji (dgn sesuatu cubaan)  ? 
{ Al-Ankabut :2 } 

Kesimpulan , marilah kita sama-sama b'muhasabah & menilai kembali segala prasangka buruk yg mungkin pernah bermain d fikiran kita saat kita d uji . 
Inilah saatnya bagi kita , ana & anda yg sedang membaca , merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yg telah & akan kita lalui sebagai sebuah 'hadiah' dari Allah dan bukan lagi satu bebanan . Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini , maka kita akan menjadi seorg hamba yg b'syukur dgn segala ujian yg d beri .. 

Pembaca yang d kasihi Allah jika saat ini anda sedang d uji , ingin ana sampaikan sesungguhnya bersyukur & berbahagialah anda kerana ujian itu hadiah dari Allah SWT .. 

Assalamu'alaikum , fi hifzillah ..                                                                                                                                         

Tips Jauhi Zina

Assalamu'alaikum kesayangan .. .. .. 
Hari ni cerita bab zina pulak kan 😬 
Is ada tips sedikit , baca sampai habis ya😃 

Bissmillahirrahmanirrahim , 

5 TIP BIJAK JAUHI ZINA

1-Jaga Pandangan Mata 🙈
Seperti yg sering diungkapkan oleh pepatah Melayu "Dari mata turun ke hati" . . . Mata adalah jendela bagi hati , untuk menjaga hati , terlebig dahulu mesti menjaga mata . 
Apabila kita menjaga mata , Allah akan memelihara imab d dlm hati .. 
Allah akan memberikan kekuatan , kesabaran dan kebijaksanaan menghadapi 'kelazatan' mata yg sementara . . 
Maka akan lahir kemanisan iman utk lebih kuat beribadah dan mentaati Allah .
Ibadahnya akan menjadi lebih kemas dan b'kualiti . Tetapu kadang kala mata ini tidak sengaja terpandang perkara2x yg d haramkan , jika begitu bagaimna ? 
Rasulullah SAW pernah b'pesan kepada Sayidina Ali , dgn b'kata "Wahai Ali , jgnlah engkau meneruskan pandangan yg haram ( tidak sengaja ) dgn pandangan yg lain kerana pandangan yg pertama itu harus ( dimaafkan ) bagimu . Namun yg kedua itu adalah haram.
{ RIWAYAT ABU DAWUD Dan AL-TIRMIZI } 

2-Tahan Pendengaran🙉
Mendengar sesuatu yg boleh membangkitkan syahwat juga dilarang oleh Islam . 
Apa yg didengari boleh 'mengalir' ke dlm hati . 
Tegasnya , pendengaran juga boleh merosakkan hati . 
Firman Allah "Jgnlah mereka (wanita) menghentakkan kaki utk d ketahui org lain apa yg tersembunyi drpd perhiasan mereka . Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah." ( Surah An-Nur 24:31 )
Larangan ini juga termasuk adab seorg wanita b'cakap dgn lelaki yg bukan mahramnya . Wanita hendaklah b'cakap dgn intonasi yg beradab , tidak merengek-rengek , mendayu-dayu atau dgn suara yg menggoda . . . 
Perkataan dan bahasa yg d pilih mestilah yg sopan , jelas dan elakkan drpd perkataan yg boleh mengundang fitnah . 
Selain itu , peliharalag pendengaran kita drpd mendengar lagu2x yg menyuburkan cinta terlarang , semua ini hendaklah d jauhi .. 

3-Tidak Berdua-Duaan 💑
Mereka yg memiliki iman , tidak akan sesekali membiarkan dirinya terdedah utk b'dua-duaan dgn seorg wanita . Sekiranya d lakukan , seolah-olah ia sengaja membuka pintu kepada perzinaan ..
Ini mukadimah zina yg paling bahaya . B'dua-duaan ini akan membuka ruang kepada kehadiran 'pihak ketika' utk menggoda . Rasulullah SAW memberi amaran "jgnlah seorf lelaki b'dua-duaan dgn seorg wanita kecuali b'sama mahramnya
{ Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim }

Malangnya , budaya b'dua-duaan (bercouple) dianggap normal😞 , dosa kesalahan ini sudah menjadi seperti tidak b'dosa , bahkan d anggap sporting & moden jika d lakukan .. 

4-Elak Bersentuhan👫
Apabila b'dua-duaan (berdating) , setelah pandangan dan pendengaran , akhirnya syaitan berjaya menggoda supaya pasangan itu b'sentuhan . 
Mula2x sekadar b'pegangan tgn , tetapi sedikit demi sedikit mula merebak kepada maksiat yg lebih berat . 
Menyedari hakikat itu , Rasulullah mengingatkan kita dgn ancaman : "Seandainya kepala seseorg tertusuk dgn besi , itu lebih baik drpd menyentuh wanita yg tidak halal baginya." { Riwayat Al-Tabarani }

Rasulullah SAW yg begitu tinggi akhlak dan kental imannya itu pun sangat menjaga diri drpd menyentuh wanita yg bukan mahramnya . 
Ini diakui oleh Baginda SAW .:"Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dgn wanita." 
{ Riwayat Al-Nasa'i dan Al-Tirmizi } 

5-Kawal Rasa Hati❤️
Perkara yg paling penting ialah mengawal rasa hati . Namun , itulah yg paling sukar d lakukan . . . 
Zina tidak akan berlaku jika hati berkata tidak .... Semua pancaindera , mata , telinga , tgn , dan kaki d kawal oleh hati...
Malangnya , hati juga boleh 'menghampiri zina' apabila mula b'hasrat dan menyimpan harapan . Inilah zina hati yg perlu d kawal dgn mujahadah dan ibadah , tidak ada jln lain kecuali mengekang hasrat dan harapannya drpd d laksanakan , tetapi bagaimana ?? 
👉 Jauhi lokasi yg boleh membawa kpd b'lakunya perzinaan . 
👉 Sekat segala harapan nafsu yg b'kobar-kobar dgn menahan pandangan . 
👉 Jauhi hidung drpd menghidu wangian yg boleh meransang nafsu .
👉 Jgn benarkan kaki melangkah ke arah maksiat dgn beruzlah d tempat2x yg ada suasana Islam seperti d masjid , majlis pengajian , halaqah zikir dan lain2x . 
👉 Kawal penggunaan alat teknologi yg cenderung membawa kepada zina .

Zina umpama api yg maraj menyala , kita harus menyekatnya ketika masih d peringkat percikan dan bara . Semua proses ke arah zina mesti dihindari walaupun kelihatan tidak bahaya d peringkat awal . 
Oleh itu , segala jln yg membuka ruang kepada perzinaan harus lh d tutup serapat-rapatnya kerana zina itu bermula dgn hasrat d hati , jika d layani ia akan menjadi zina yg sebenar .. 

Sekian~ Fi hifzillah ..

Rabu, 5 Mac 2014

Tutup Semua Pintu Zina

Assalamu'alaikum kesayangan semua , lama x kongsi ilmu kan .. Kita bz sikit , hehe ! Haaa , baca ya .. D petik dari majalah Gen-Q .

Bissmillahirrahmanirrahim ..
DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU HURAIRAH R.A BELIAU BERKATA , RASULULLAH S.A.W BERSABDA :"Sepasang Mata Boleh Berzina Melalui Penglihatan , Sepasang Telinga Boleh Berzina Melalui Pendengaran , Lidah Boleh Berzina Melalui Percakapan , Sepasang Tangan Boleh Berzina Melalui Sentuhan Dan Sepasang Kaki Boleh berzina Melalui (Tujuan) Langkahan . Manakala Hatinya Sentiasa Bernafsu Dan Berkeinginan , Serta Kemaluannya Yang Akan Membenarkan Atau Menidakkan." 
{ RIWAYAT MUSLIM }

Zina Kecil ➡️ Zina Besar 
Zina merupakan perkara yg d haramkan oleh Islam kerana zina merosakkan nasab keturunan dan meruntuhkan maruah seseorg . 
Zina boleh dibahagikan kepada dua kategori : 

Zina Kecil ⤵️
B'punca drpd pandangan , pendengaran , percakapan , sentuhan dan langkahan , termasuk semua perbuatan yg boleh merangsang syahwat dan nafsu'y . Zina kecil ini mendatangkan kemurkaan Allah dan dosa , namun hukum hudud tidak akan d kenakan ke atas pelaku'y .. 

Zina Besar⤵️
Berlaku'y persetubuhan haram antara pasangan bukan suami isteri yg sah . Hukuman ke atas pelakunya ialah 100 sebatan bagi pelaku bujang dan rejam sehingga mati bagi pelaku yg sudah berkahwin .
Hukuman ini tertakluk d bawah hukum hudud yg telah d tetapkan oleh Allah .

Dalam Al-Quran , Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina , malah turut melarang kita drpd mendekati'y . Benarlah pepatah Arab menyebut :"Daripada pandangan , mula senyuman , kemudian percakapan dan akhirnya pertemuan". 
Allah menjadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan keburukan . Namun , apa yg Allah perintah dan kehendaki itu pasti ada kebaikannya . 
Begitulah dgn segala pancaindera yg Allah kurniakan . Kesemuanya itu haruslah d jaga dan d lorongkan ke jln kebaikan , bukan'y ke arah kemaksiatan .
Mereka yg sering melakukan zina kecil ini akan memberikan mudarat buruk kepada hati . 
Akhirnya , hati mulai rosak dgn hilang'y iman . Seterusnya hati memilih untuk melakukan zina besar . Inilah yg diingatkan oleh Baginda SAW .:"Tidak akan berzina seorg penzina itu ketika ada iman ( d dlm hatinya ) ." 
{ RIWAYAT MUSLIM }

ZINA MODEN

Era moden memperlihatkan pelbagai teknologi yg b'tujuan membantu memudahkan urusan seharian padanya dan tidak kurang juga keburukan . . . 
Antara keburukannya termasuklah mudah terdedah dgn zina kecil . . . 

Golongan yg mudah diancam dgn zina moden ini sudah tentu remaja😢 hanya iman sahaja sebagai pendinding mereka . Segala-galanya mudah diakses dan d cari . Laman pornografi b'lambak d internet , Hanya klik d hujung jari , segala mcm gmbr dan video yg meransang syahwat akan keluar😰 . . . 
Jika dahulu penggunaan Internet amat terhad d kawasan tertentu dgn teknologi tertentu , kini tidak lagi . . . 
Melalui smartphone yg dibawa setiap masa , mereka mampu mengakses segala-galanya setiap masa . 
Tanpa iman , boleh jadi 24 jam kita b'gelumang dgn dosa & maksiat😭 ...

Akibatnya , hati para remaja kita semakin kelam . 
Cahaya iman sukar menembusinya ...
Lalu , pancaindera yg lain mula d jangkiti 'virus' ini . .
Tangan , kaki , telinga semua terdorong ke arah kemaksiatan . Akhirnya karat-karat dosa yg 'berjaya' d bina itu mendorong hatinya melakukan zina besar . Nauzubillah😰 

Sebab itulah Islam menitikberatkan hal yg b'kaitan dgn pandangan ..
Dianjurkan kepada Muslim utk membudayakan menundukkan pandangan jika bertemu dgn org yg bukan mahram . Jika tidak terjaga , akan merangsang seseorg utk melakukan zina .. 
Ada juga yg berkata , pandangan pertama itu tidak mengapa jika terlihat perkara yg haram . Ya benar , pandangan pertama itu d maafkan dan hanya pandangan kedua serta seterusnya d kira b'dosa .. Tetapi pandangan pertama itu d maafkan hanya apabila tidak d sengajakan ! 

ALLAH MENUNGGU TAUBATMU 

Islam ialah agama yg sngat praktikal dan menjaga keperluan manusia . Islam tidak akan sesekali b'lawanan dgn fitrah manusia .. 
Walaupun zina ini d haramkan , tetapi kerana fitrah manusia b'keinginan hidup b'pasangan , maka Islam memberi penyelesaiannya .. 

Alternatifnya , Islam menghalalkan perkahwinan . . . Inilah kesempurnaan Islam , nafsu yg d anugerahkan Allah itu perlu d urus bukan'y d hapus . . . 
Sesetengah agama menghapuskan terus nafsunya dan akhirnya mereka merasakan hidup beragama ini suatu penindasan bagi manusia .. 

Justeru segeralah b'taubat dan kembali kepada Allah yg Maha Pengampun . Tutuplah semua pintu zina serapat-rapatnya
Kita masih d berikan peluang dan Allah menunggu taubat kita untuk diampunkan dosa-dosa yg lalu .. 
Lahirkan rasa syukur kita memiliki nikmat kesempurnaan pancaindera ini dgn memanfaatkannya - melaksanakan ibadah dgn b'sungguh-sungguh . 
Teruskan berusaha menjadi remaja yg soleh & solehah .. Dan tinggalkanlah segala yg diharamkan Allah .. In shaa Allah .. 

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA , IN SHAA ALLAH .. 
Sekian dari saya , Assalamu'alaikum .. Fi hifzillah 😁