Sabtu, 24 Mei 2014

Sahabat Baru ? Maybe ??

Setelah selesai menjalankan tanggungjawab , aku duduk d atas sofa dekat tingkap bilik ku .. 
Sambil memeluk Al-Quran , aku merenung jauh ke luar tingkap .. 

Aku melihat langit .. 
Allahu , hebatnya burung-burung d atas sana yang berterbangan dgn izin-Mu Ya Allah ..
Terlintas d fikiran ku , "seronoknya jadi burung seperti d atas sana , burung tu mesti tiada masalah macam aku kan" 

"Astagfirullah" , cepat hatiku beristigfar .. 
Aku melihat ada 3 ekor burung helang sedang asyik berterbangan d atas sana , aku melihat semua burung-burung yang kecil sudah tiada .. 
Lari ke mana pun aku tak taw .. 
Kalau aku jadi burung yang kecil , sudah tentu aku menjadi mangsa burung helang tersebut .. 
Betapa beruntungnya aku d ciptakan jadi manusia , mengapa aku tidak bersyukur ? 

Aku merenung jauh , entah ke mana saja fikiranku d bawa .. 
Aku melihat awan yang sedang bergerak d tiup angin , "alangkah hebatnya kuasa Allah , seronoknya jika aku dapat tinggal d atas sana .. Aku ingin jauh dari semua orang , aku nak hidup sendiri je .. Aku dah penat dengan semua lakonan mereka -_-'" 

Tiba-tiba aku berfikir , meskipun ramai yang melukakan , meskipun ramai yang berlakon baik dan ambil berat tetapi masih ramai yang ikhlas dengan aku .. 

Terimbas kembali semua kenangan dengan sahabat-sahabat , tidak pernah bertemu muka namun kasih sayang itu memang terasa . . . 

Aku memilih untuk menjauh dan mengelak , aku taw tue memang silapku .. Tapi apakan daya , aku tidak mampu berpura-pura bahagia d hadapan mereka .. 

Sebab apa aku mengelak ? Sebab aku rasa mereka dah tak perlukan aku , dah tak care pasal aku , sebab dah wujud sahabat baru yang patut mereka care dan yang patut mereka sayang .. 

Impian nak pergi Cameron Lavender lenyap begitu sahaja , aku masih ingat lagi diorang semua nak teman aku berbulan madu kat sana . hahahah ! Sweet je .. Tapi semua tue hanya tinggal kenangan , HANYA TINGGAL KENANGAN !!!! 

"Sekarang masanya buat kenangan baru !!" hati aku menjerit ..

Nak buat kenangan baru ?? 
Hmm , maybe .. 
Insya-Allah , aku usaha .. 
Aku pun dah bosan asyik termenung hari-hari , masalah dgn sahabat , masalah dgn *** .. 
Ooh ! Aku begitu merindui mereka .. 
Kuatkan aku Ya Allah~

Buat masa skrg , aku tak pernah bercakap dgn sesiapa kecuali bberapa org ni . . Ada 4 org je , 2 org dah taw masalah aku dgn *** , yang seorg taw masalah aku dgn "sahabat" , yang seorg lagi tak taw langsung .. 
Aku taknak bagitaw sebab dya masih muda lagi , hehe ! Lagi pun dya nak exam .. Aku hepy bertext dgn dya , seronok je bawak bergaduh budak ni . . . 
Mungkin kenangan baru akan tercipta dgn mereka ni , mungkinlah .. Hmm~ 

Sampai d sini saja untuk petang ni , sekian .. Wassalam ..

Rabu, 14 Mei 2014

Tabah lah Duhai Hati !! Ujian Tanda Allah Sayang ..

Ni adalah entri Ibu .. 

Tabah lah Duhai Hati !! Ujian Tanda Allah Sayang ..
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 





Ujian itu adalah tanda Allah sedang pedulikan kita!
Wahai Jiwa Yang Tenang,

Apa khabar imanmu duhai diri? Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh.

Bertahanlah. Bertabahlah.

Sememangnya dugaan demi dugaan yang kamu lalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanmu sayang.

Ujian itu adalah lumrah dalam kehidupan.

Walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri.

Jangan beranggapan bahawa tiada yang sudi menemani. Jangan gusar, jangan cepat mengalah duhai diri.

Pasti kamu sendiri menjadi sangsi. Mengapakah perjalanan hidupmu ini terlalu berliku dan berduri?

Pabila semakin kamu ingin mendekati-Nya, semakin banyak tujahan demi tujahan yang merintangi laluanmu. Seolah-olah ia sengaja meremukkan azam yang tertanam di dalam diri.

Sehinggakan kamu acapkali menangisi setiap yang terjadi!

Allah, jangan membiarkan ujian-ujian itu membunuh keinginanmu untuk berada di jalan-Nya.

Ketahuilah duhai diri, ujian itu adalah tanda Dia  peduli. Ujian itu adalah bukti kasih sayang  dari Ilahi. Masakan Dia bisa membiarkan kamu berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya?

DIA rindukan suaramu duhai diri. DIA memilihmu di antara jutaan manusia-manusia lain kerna DIA ingin mendengar tiap rintihan dan doamu. Betapa sayangNYa DIA akan kamu. Betapa peduliNya DIA akan kamu.

Bersyukurlah duhai diri. Kamu masih bernafas dengan sendiri. Kamu masih mampu mengorak langkah dan berlari.

Dan kamu masih bisa menjalani hari demi hari walau segala yang berlaku mengocak tenang di dalam diri.


Aduhai jiwa yang sarat dengan cinta,


Mengapa memilih untuk terseksa dan menderita? Andai ia cinta, mengapa perlu ada kisah-kisah airmata yang berjela-jela berbanding kisah-kisah gelak dan tawa. Cinta itu halus dan rapuh sifatnya.

Jika dirimu sandarkan cinta itu tanpa pegangan iman, pasti ia musnah dan hilang dari genggamanmu sayang. Cinta pada manusia itu tidak menjamin kepada kehidupan berumahtangga kelak.

Pasti akan rapuh. Pasti akan remuk. Pasti akan runtuh.

Lepaskan ia pergi dari hati. Benarkan ia terbang mencari pegangannya sendiri. Andai ia tertulis bahawa kamu tidak akan memiliki, usah ditangisi ketentuan ilahi.

Pasti punya hikmah yang tersembunyi. Pasti ada rencanaNya yang lebih membahgiakan dirimu nanti.

Percayalah duhai diri, bahagia itu pasti ada untuk dirimu yang tak pernah berhenti mencari.

Bukan Allah tidak tahu akan deritanya batinmu itu, sakitnya hatimu itu dan tercalarnya perasaanmu yang halus itu.

Tapi sayang, kepedihan dan kesakitan itulah yang akan membawa kamu mendekati Tuhanmu.

Pada DIA ada penawar segala beban dan duka. Bukankah 99 sifatNya itu sudah cukup meyakinimu untuk menyerahkan segala harapan dan keinginanmu sayang.

Bebaskan ia terbang untuk mencari arahnya sendiri sayang.

Jangan berterusan menganggap dirimu telah dilukakan, sebaliknya lihatlah dari sudut pandang yang berlainan. Mungkin ini teguran dari Tuhan. Mungkin juga ini peringatan agar kamu tersedar dari mimpi yang panjang.

Cinta sesama manusia itu melalaikan iman dan mengundang kemurkaan demi kemurkaan dari Tuhan.

Dan teguran dariNya itu adalah bukti cinta yang sejati dari Ilahi.



Duhai diri yang tenang riaknya,

Apa mahumu? Apa keinginanmu? Apa hendakmu sayang?
Luahkan, lontarkan dan tuturkan agar semuanya bisa faham. Usah dipendam segala rasa hatimu itu. Biarkan semua tahu. Biarkan semesta alam mengerti akan apa yang sebenar-benarnya tersirat di hati
Aduhai diri, andai bahagia yang dicari selama ini, bersyukurlah kerna dirimu telah ketemui. Bahagia itu tidak terletak pada sesuatu perkara sahaja. Bahagia itu universal sifatnya. Pejamkan mata duhai diri.
Dan cubalah mengingati setiap senyum dan tawa yang kamu rasai semenjak kedewasaan kamu ini. Pasti cukup banyak duhai diri. Pasti!
Akhir kalam, tersenyumlah duhai diri. Tertawalah, bergembiralah, berbahagialah dan bersyukurlah untuk segala yang terjadi pada masa kini dan pada masa hadapan nanti.
Walau hidup ini dirasakan terlalu sukar untuk dilalui, usah gentar duhai diri. Sang Rabbul Izzati ada menemani untuk disetiap keadaan dan situasi.


 Bertabahlah duhai diri!


✿ شكرا جزيلا ✿

ni entri kesukaan aku , Ibu yg create .. Allahu , dgn situasi macam ni .. entri ni amat menyentapkan jiwa .. syukran Bu ( Mashidayu Darpin )

Isnin, 12 Mei 2014

Cintaku Kerana Agamamu

Saya bermalam d rumah kawan saya selama dua hari .. 
Seperti biasalah , saya ni kalau dah ada kawan .. Sebelum tidur mesti nak bercerita .. Alahai , sabo je lh Encik Suami , awak akan jadi mangsa saya selepas ini .. hehehe !

Malam pertama tu , saya bercerita tentang cinta .. Haa , cinta yg sangat sweet .. Selepas bernikah baru bercinta .. Ceritakan dya tentang seorg perempuan yg inginkan suami yg setia , macam-macamlah .. 
Ramai yg melamar perempuan tu .. 
Penjual emas , hafiz dan mcm-mcm lagi .. Tapi satu pun dya tak berkenan , sebab semua tak bole menjaga ikhtilat .. Termasuklah hafiz tu , walaupun dah hafaz 30 juzuk tapi dya tak reti jaga batasan .. Selalu nak sms perempuan tu .. Dya nakkan seorg suami yg tidak berhubung dgn sesiapa tanpa urusan .. Kalau asyik msg "tanya kabar ?" "Sudah mkn kah belum ?" 
Rasanya selepas bernikah , tidak mustahil dya bole msg perempuan lain kan .. 

Haa... Panjang lagi sebenarnya saya cerita dgn kwn tapi kalau nak cerita semuanya dekat sini ... Sampai lusa pun tak habis .. Hehehe ! 

Kawan saya ni , dulu dya banyak sangat bf .. Sampai pasang 4 ... Alahai , sakit kepala -_-'
But now , dya cuma ada seorg je .. 
Dya setia , lelaki tu pun setia katanya ...
Dya ceritakan pasal lelaki tue ~> 

"Dya ni bagus , setia .. Tapi satu je aku tak suka , dya cepat bosan .. Dya selalu layan perempuan .. Aku benarkan dya layan sebab aku taw dya cepat bosan .. Kadang tu aku makan hati jugak , aku chat dya tak reply tapi org lain chat dya reply .. Sabo je lh , dah sayang ... Nak buat mcm mna ?" Kawan saya mengeluh ..

Saya yg mendengar ni , rasa nak sekeh je budak tu .. Panas telinga ni *keluar asap* 
Jadi saya pun mulalah merapu-rapu sikit dekat dya .. hehe ! 

"Sayangs , kw yakin kh dya setia ? Oke maybe betullah dya takda gf lain selain kw . Tapi cuba kw bayangkan bila kw kawin dgn dya nanti .. Kw rasa rumah tangga korang aman tak ? Aku bukan nak minta-minta benda buruk terjadi .. Tapi cuba fikir , sekarang je dya layan mana-mana perempuan .. Apa lagi selepas bernikah , tak mustahilkan ..
Kw nak kh biar suami kw chat dgn perempuan lain ? 
Eee , sanggupnya .. Kalau mcm tu , baik aku tak yah kawin .. Hidup seorg-seorg dgn cinta Allah lagi seronok .." Panjang lebar saya merapu . hahaha !

Kawan saya pun memotong "Habis , aku kena putuskan kh ?"

"Aku bukan suruh kw putuskan pun , aku pun tak taw nak cakap mcm mna .. Jaga dulu lah hubungan dgn Allah , bila dya sanggup tggalkan Allah , tak mustahil dya bole tggalkan kw kan .. Biar dya syg kita kerana Allah .. Aku teringat satu lagu ni .. *Cintakan bunga akan layu , cintakan manusia akan mati , cintakan Allah kekal selamanya .. Itulah cinta yg hakiki ..* Bila dya cintakan kw kerana Allah , dya akan temani kw sepanjang hayat .. Bila dya cintakan kerana harta , apabila kw dah takda harta .. Senang je dya tggalkan .. Bila dya cinta kerana rupa , apabila kecantikkan mu dah d ambil .. Dya pun akan pergi sama " Saya dalam serba salah , sebab dya syg sngat dgn mamat tue -_-" 

"Betul jugak kan" kawan saya mula sedar .. 
"Tapi aku syg dya , aku nak bwat mcm mna ? kawan saya bertanya dlm nada yg sedih .. 
"Aku tak berani buat keputusan dlm hidup mu syg , kw fikirlah balik cerita yg aku ceritakan tu .. Kw tanak kh suami yg setia ? Baik ? Jaga akhlak ?" Saya menyoal ..
"Mestilah nak , gila sapa yg tanak" laju je dya jawab .. 

"Sayangs , kalau dya seorg lelaki yg soleh , seorg lelaki yg jaga akhlak .. Dya takkan berani chat sana chat sini dgn perempuan bukan mahram termasuk kw .. Kw pun sama sayangs , kalau betul-betul sayang dya , bantulah dya jadi soleh dgn cara tidak melayan .. Lelaki selalu kalah dgn nafsu mereka terhadap perempuan .. Lagipun kedua-dua family dah taw kan .. Bwat apa nak risau sangat .. Serahkan semuanya pada Allah , biar Allah yg atur . . Apa yg perlu kita buat ialah mempersiapkan diri .. Tak dapat jadi Ustazah , Hafizah , Alimah sekalipun takpa .. 
Jadi Muslimah pun dah cukup sayangs .. 
Sejuk perut Ibu bila melihat kita mula mendekati Allah ..
Alangkah bertuahnya Ayah kerana d permudahkan hisabnya kelak .. 
Alangkah beruntungnya c Suami mendapat Isteri yg solehah dan dapat menjaga diri .. 
Semoga semuanya bermanfaat sayang , perlahan-lahan ya .. 
Yang penting istiqamah .. Aku sayang kw kerana Allah sahabat *peluk* 
*nangis sama-sama*

Sekian.... 
Wassalam ^_^

Jumaat, 9 Mei 2014

Untukmu Sahabatku

Sahabat . . . . 

Kehadiranmu cukup membahagiakan .. 
Terasa istimewa bila semua sayangkan diri ini .. Ramai jeles dgn ukhuwah kita kan , tapi segalanya sudah berakhir .. 

Maaf sahabat , aku harus pergi .. 
Aku tidak sanggup melihat kau menyayangi org lain lebih dari syg mu padaku .. 

Maaf sahabat , aku bukan ingin memutuskan silaturahim .. Aku harap hubungan kita kekal hatta jannah .. 
Cuma izinkanlah aku pergi , biarkan aku pergi .. 
Aku tidak sanggup perasaan ini menguasai diri .. 

Maaf sahabat , sygku pada kamu tidak akan berubah .. 
Aku tetap akan mengingati semua kenangan-kenangan kita .. 

Maaf sahabat , aku tidak mampu jadi seorg kakak yg baik .. 
Aku tidak mampu menjaga kamu , aku tidak mampu bahagiakan kamu lagi .. 

Maaf sahabat , aku sedar aku bukan sahabat yg baik .. Sahabat yg baik bukan begini kan .. 
Mungkin aku perlukan masa , aku ingin tarbiyyah diri ini .. 

Maaf sahabat , semua ingin ku luahkan pada mu tapi aku merasa aku sudah tidak wujud d mata mu .. 
Semakin hari kau semakin melupakanku .. 

Aku taw sahabat , kau telah berjumpa dgn org yg layak menjadi sahabat mu berbanding aku .. 
Dya selalu caring tentang diri mu , dya selalu menjaga mu .. 

Akhir kata dari ku , berbahagialah selalu syg .. Jgn pernah lupa hadir ku dlm hidup kamu .. Meski pun hadirku sementara , aku harap cukup membahagiakan kamu .. 
Jaga diri , jaga iman , jaga hati , jaga ikhtilat .. Uhibbukunna fillah .. Fi hifzillah , Assalamu'alaikum .. 

Selasa, 6 Mei 2014

Heliza Helmi

Assalamu'alaikum kak Ija .. 
Terima kasih sangat-sangat sebab dtg Tawau .. 
Terima kasih sudi salam tgn kotor ni ,
Terima kasih sudi bergambar dgn Is dan kawan-kawan .. 

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat jugak jumpa dgn kak Ija .. 

Kak Ija baguslah , peramah , baik hati , comey pulak tue *mohon jgn terbang* hehe ! 

Ingatkan tak dpt jumpa kak Ija , masa akak kat Hotel tue , Is dapat tengok kak Ija dekat lift je .. 
Is tak dapat ikut masa mkn malam tue , ada masalah sikit *nangis*

Is kecewa sngat , Is balik rumah .. Nangis-nangis doa dekat Allah SWT . . . 
Is putus asa , Is salah sebab persoalkan ujian Allah .. 

Keesokkan hari pulak , Is ke bandar hantar Ibu belanja .. 
Lepas asar tue Ibu tanya nak ke mana .. 
Kebetulan nampak karnival dekat padang.. 
Tiba-tiba terasa nak pegi , padahal sebelum ni tengok-tengok dari luar je .. Tak pula rasa nak masuk .. 
So , kami pun pegi lh pusing-pusing .. 
Terkejutnya dapat tngok kak Ija duduk d tgh-tgh khemah tue .. ( eh khemah kh nama'y tue ? ) 
Hmm , hepy gila ... nak sngat jumpa akak masa tue , tapi malu sangat .. Takut akak tak layan . . . *tutup muka*

Then , Ibu pegi dekat-dekat tngok akak ..
Ibu pggil Is tapi Is tak nak .. Seganlah .. 
Is ajak Ibu balik sebab Is nak pegi lagi lepas Isyak . . . Is tengok dekat situ 7.30 acara mula .. 
Sepanjang perjalanan balik , Ibu puji terus kak Ija .. 
Ibu tanya akak ni kacukan kah ? hahaha ! 
Kenapa cantik sangat ? 
Is ketawa je , dlm hati cakap "amboi Ibu , dah2x lah puji tue .. Jeles kita , kak Ija cantik Is comey . Hahahha !" 

Malam tue Is dtg lagi , seorg je T.T . . .
Pusing punya pusing , terjumpa dgn sahabat-sahabat satu asrama dulu .. 
Is pun apa lagi , hepy lah .. Ingatkan seorg je kan ..

Okey , cerita pasal Gaza pulak .. 
Sedihnya masa akak cerita pengalaman akak kat sana .. 
Jeles jugak dgn saudara kita dekat sana , beruntung mereka kerana Allah pilih untuk syahid .. 

Okey yg terakhir , masa akak naik kereta sudah .. Is punyalah sedih sampai nak pengsan sebab tak dapat jumpa akak *poyo* hihihi ! 
Tiba-tiba ada sahabat akak jumpa akak kan , akak pun turun balik .. 
Akak bergambar-gambar dgn org ramai .. 
D situ lah kesempatan Is , Alhamdulillah akhirnya dapat jugak salam akak .. 
Kalau akak x pandang Is masa tue , maybe Is tak berani nak salam akak ..
Mata akak masa tue tepat-tepat pandang Is .. Dgn perasaan x taw malu ni , tetiba je terus salam akak .. hehe ! ! 
Lepas tue kita bergambar .. Tapi Is takda gambar kita , org lain ambil gambar kita .. Hehe ! 
Takpalah , yg penting kenangan tue tersemat d hati .. Cewahh ! 

Akhir kata , akak jaga diri , jaga hati , jaga iman , jaga ikhtilat .. Tolong doakan Is dapat ikut jejak akak ya .. 
Doakan juga semoga Allah pilih Is jadi sukarelawan d bumi Gaza nanti .. Insya-Allah , Aamiin .. 

Fi hifzillah , Assalamu'alaikum ..

NOTE ‼️ Poyolah Is ni , mcm lah kak Ija baca entri ni . hahaha ! Saja nak kongsi pengalaman ni kat org lain .. Nak bgitaw yg kita hepy sngat .. haha ! Lama dah nak update tapi xda masa , buka blog jarang sngat .. Apa lagi nak update .. Tggu b'kulat lh nmpak'y .. Oke harap pembaca bergembira .. Wassalam